Page 193 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 193
Kesimpulannya, terapi Varmam dalam kombinasi dengan intervensi multidisiplin
yang standard dan ubat penahan sakit oral dapat mengurangkan persepsi sakit kronik
dalam keadaan tertentu dengan signifikan. Walau bagaimanapun, terapi susulan
secara berkala mungkin diperlukan selepas rawatan lengkap untuk mengekalkan hasil
terapi tersebut.
Kajian ini turut mendapat anugerah sebagai kajian pembentangan oral terbaik dalam
18th Asian Spinal Cord Conference Network Conference & 11th Annual Malaysian
Rehabilitation Conference yang diadakan pada 13 hingga 15 September 2019.
HALA TUJU
Program Perubatan akan berusaha bersama-sama memastikan perkhidmatan
jagaan perubatan yang selamat dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan,
saksama, cekap, berkesan, inovatif, dan menggunakan teknologi yang sesuai melalui
perancangan, penyelarasan, pengawalan dan penilaian selaras dengan keperluan dan
perkembangan bidang perubatan. Program Perubatan akan memastikan pemberian
perkhidmatan oleh personel yang komited, bersifat penyayang dan menghormati
insan, kerja berpasukan dan professional dengan pembangunan professional
berterusan.
Program Perubatan akan sentiasa meneliti perancangan dan implementasi berkaitan
semua isu yang timbul. Kordinasi dan pemantauan sistem sedia adalah perlu untuk
membantu dan memastikan khidmat perubatan negara sentiasa lancar dan saksama.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Program Perubatan akan sentiasa fokus
dan tabah demi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat untuk klien.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 183