Page 189 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 189
Selain daripada persidangan, para peserta dan orang awam turut mendapat manfaat
daripada aktiviti pameran yang melibatkan penyertaan daripada 30 syarikat/
persatuan/ agensi/ institusi dalam dan luar negara. Lebih daripada 2000 orang
pengunjung telah melawat pameran sepanjang 3 hari persidangan berlangsung.
Kesimpulannya, aktiviti ini telah memupuk pemikiran baru untuk mencapai penuaan
yang sihat.
Imej 5.6 Imej 5.7
Pelancaran ‘Panduan Pengguna Bagi Diskusi Panel (Hari 1): ‘Pengalaman
Perkhidmatan Perubatan Perubatan Negara Mengenai Penuaan
Tradisional dan Komplementari yang Betul Penduduk- Perspektif Global’. Pakar-
di Malaysia’ pakar Berkongsi Pengalaman Mereka
Dari Sudut Penggubal Dasar.
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
MESYUARAT SAMPINGAN ASEAN UNTUK NOTA KONSEP DIALOG PT&K ASEAN
Mesyuarat Sampingan ASEAN Untuk Nota Konsep Dialog PT&K ASEAN tersebut telah
diadakan pada 5 Ogos 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Sekretariat ASEAN,
Malaysia, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan konsensus daripada
semua negara anggota ASEAN mengenai strategi dan aktiviti yang perlu dimasukkan
dalam Program Kerja 2021- 2025 yang baharu. Mesyuarat bersetuju untuk satu side
meeting diadakan semasa mesyuarat ASEAN Health Cluster 3 yang akan diadakan pada
tahun 2020 di Thailand untuk meneliti hasil perbincangan mesyuarat dan sebarang
penemuan atau perkembangan terkini susulan mesyuarat di Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 179