Page 198 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 198

Kesemua cadangan  tersebut  telah  dirangkumkan  di  dalam  Kertas  Strategi TWG
            Kesihatan yang telah dibentangkan di  Mesyuarat TWG Kesihatan dan  taklimat
            kepada YB Menteri Kesihatan sebelum dikemukakan kepada pihak Kementerian Hal
            Ehwal Ekonomi untuk tindakan selanjutnya. Dokumen rasmi RMK-12 dijangka akan
            dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun 2020 (Imej 6.3).


                                                 Imej 6.3
                                        Mesyuarat TWG Kesihatan



























                      Sumber: Seksyen Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan (PDPK), Bahagian Perancangan, KKM
            KAJIAN SEPARUH PENGGAL (KSP) RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMK-11)


            Kajian  Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) bertujuan
            untuk mengkaji dan menilai pencapaian serta membuat penyesuaian ke atas dasar,
            strategi  dan  pelan  tindakan  RMK-11.  Ianya  menggariskan  sasaran  ekonomi  yang
            disemak semula bagi tempoh 2018 hingga 2020 untuk memastikan matlamat negara
            maju dan inklusif dapat dicapai. Terdapat enam (6) tonggak dasar utama di dalam
            KSP RMK-11 yang mengandungi  80 sasaran  terpilih (KPI  Nasional)  dan  803 Pelan
            Pelaksanaan Dasar (PPD).

            Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM)  bertindak  sebagai  penyelaras  Inisiatif  dan
            pelaksana Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) di dalam Tonggak II, III, V dan VI serta turut
            menyokong tiga (3) sasaran terpilih (KPI Nasional) iaitu:
                i.  Nisbah 2.0 katil hospital bagi setiap 1000 penduduk
                ii.  Peningkatan nisbah doktor kepada penduduk kepada 1:450
                iii.  Pengoptimuman masa respons kecemasan kepada 8 minit

            Pencapaian KKM bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 ialah 71.7 peratus (markah
            purata bagi Tonggak II, III, V dan VI).



        LAPORAN TAHUNAN
    188  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203