Page 191 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 191
Imej 5.9
Ahli Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kali Ke-6 Kerjasama Dalam Sistem Perubatan
Tradisional di antara Kerajaan Malaysia dan India
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
MESYUARAT TEKNIKAL DUA HALA KALI KE-3 KERJASAMA DALAM PERUBATAN
TRADISIONAL DI ANTARA KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CINA DAN MALAYSIA
Mesyuarat teknikal Dua Hala Kali Ke-3 Kerjasama dalam Perubatan Tradisional di
antara Kerajaan Republik Rakyat Cina dan Malaysia serta lawatan kerja yang berkaitan
telah diadakan pada 20 hingga 24 Oktober 2019 di Beijing dan Shanghai, China.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusi oleh Professor Yu Wen Ming, Komisioner
NATCM, China bersama dengan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YM Raja Dato’ Nushirwan Bin Zainal Abidin,
Duta Besar Malaysia ke China, wakil daripada NATCM dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
Mesyuarat ini telah meneliti status inisiatif yang dipersetujui dalam Memorandum
Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua negara. Hasil utama perbincangan
mesyuarat adalah seperti berikut:
(i) Inisiatif lanjut dalam bidang perubatan tradisional untuk menangani isu-
isu yang berkaitan dengan pentadbiran kesihatan, pencegahan penyakit
tidak berjangkit serta mengenal pasti kedudukan Perubatan Tradisional
dan Komplementari (PT&K) dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan
berdasarkan bukti saintifik yang kukuh.
(ii) Peluang kerjasama khususnya penyelidikan dan latihan dalam bidang
perubatan tradisional Cina (PTC) dengan NATCM, hospital dan universiti
tempatan di China.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 181