Page 188 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 188
Imej 5.5
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Traditional and
Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care)
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
TH
KALI KE-9 (9 INTRACOM) TAHUN 2019
Persidangan Antarabangsa Perubatan Tradisional dan Komplementari Kali Ke-9 Tahun
th
2019 (9 INTRACOM) yang berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos 2019 di Hotel One World,
Petaling Jaya, Selangor, telah dihadiri oleh lebih daripada 400 delegasi dari dalam dan
luar negara. Persidangan yang bertema ‘Pendekatan Bersepadu terhadap Penuaan
Sihat’, ini memfokuskan kepentingan PT&K dalam meningkatkan ketahanan tubuh
badan dan keupayaan untuk menyembuh serta menggalakkan pendekatan holistik ke
arah penuaan yang sihat dalam era Silver Tsunami.
9 INTRACOM telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri
th
Kesihatan Malaysia. Perasmian ini turut melibatkan pelancaran ‘Garis Panduan
Pengguna bagi Perkhidmatan Perubatan Perubatan Tradisional dan Komplementari
yang Betul di Malaysia’. Matlamat panduan pengguna ini adalah untuk mempromosikan
kesedaran berkenaan hak pengguna untuk menggunakan perkhidmatan PT&K yang
betul dan selamat di samping memperkasa individu dalam membuat pilihan yang
tepat bagi mengurangkan risiko yang tidak diingini.
Sesi plenari, simposium dan diskusi panel yang telah berlangsung turut membincangkan
pendekatan bersepadu dalam membantu mewujudkan warga yang sihat, peranan
PT&K dalam pembiayaan kesihatan, masalah penuaan penduduk dari perspektif
global, faktor pemacu penuaan secara sihat serta pemeliharaan amalan PT&K dalam
penuaan yang sihat. Seramai 50 orang penceramah tempatan dan antarabangsa dari
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Australia, China, Hong Kong, Jerman dan lain-lain
telah berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang PT&K.
LAPORAN TAHUNAN
178 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019