Page 197 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 197
Imej 6.1
Aspirasi YBMK 15 Ogos 2019
Sumber: Seksyen Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan (PDPK), Bahagian Perancangan, KKM
PENGGUBALAN RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMK-12)
Surat arahan Ketua Setiausaha Negara berkenaan Penyediaan Pelan Pembangunan
Pasca 2020 bertarikh 16 April 2019 telah diedarkan kepada semua kementerian dan
agensi bagi memulakan penyediaan pelan pembangunan pasca 2020, termasuk
Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021 2025). Bahagian Perancangan merupakan
Urusetia bagi Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Kesihatan di bawah Kumpulan
Perancangan Inter Agensi (IAPG) Kesejahteraan Rakyat.
Berdasarkan penyataan isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor Kesihatan, sebanyak
tujuh (7) Kumpulan Fokus telah ditubuhkan bagi mengenal pasti strategi dan inisiatif
untuk RMK-12. Satu Persidangan Persediaan RMK-12 juga telah diadakan pada 15
Ogos 2019 di NIH Setia Alam dan dihadiri 600 peserta dari pelbagai kementerian,
agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan pihak swasta.
Persidangan ini bertujuan untuk mendapatkan input serta cadangan pelbagai pihak
bagi memastikan kertas strategi yang dibangunkan adalah holistik (Imej 6.2).
Imej 6.2
Persidangan Persediaan RMK-12 di National Institutes of Health, Setia Alam
Sumber: Seksyen Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan (PDPK), Bahagian Perancangan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 187