Page 192 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 192
Delegasi Malaysia juga berpeluang untuk melawat ke Hospital Guang An Meng,
Beijing, Hospital Shuguang Shanghai dan Universiti Perubatan Tradisional Cina
Shanghai (SHUTCM) untuk memahami perkembangan PTC di China, khususnya sistem
integrasi PTC dengan perubatan moden, acupuncture assisted-anesthesia dan sistem
pendidikan PTC di China.
Mesyuarat teknikal dua hala ini telah mengukuhkan kerjasama dari segi
pengawalseliaan, amalan, pendidikan dan latihan, penyelidikan serta pembangunan
bidang PT&K.
Imej 5.10
Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kali Ke-3 Kerjasama dalam Perubatan Tradisional di
antara Kerajaan Republik Rakyat Cina dan Malaysia
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
KAJIAN EFFICACY, SAFETY & PRACTICALITY OF VARMAM THERAPY FOR CHRONIC
PAIN PERCEPTIONS
Dr. Akmal Hafizah Zamli, Ketua Jabatan Rehabilitasi, Hospital Sungai Buloh sebagai
ketua penyelidik, bersama dengan ahli kumpulan penyelidik beliau, Dr Nor Azira
Ismail, Dr Syed Azmi Syed Ahmad Shah, Dr Wan Najwa Wan Zohdi serta Dr Senthilvel
Govindaraju, Pengamal Siddha Republik India yang dideputasi ke Malaysia melalui
program Indian Technical and Economic Cooperation (ITEC), telah menjalankan satu
kajian untuk menilai keberkesanan terapi Varman dalam persepsi sakit kronik.
Kajian cross-sectional ini yang melibatkan 104 orang pesakit menerima terapi Varmam
di Hospital Sungai Buloh dalam tempoh 4 Julai 2017 hingga 30 April 2019 yang disahkan
menghadapi masalah knee osteoarthritis, frozen shoulder, lumbar spondylosis atau
cervical spondylosis oleh pakar bedah orthopedik dengan baseline purata skor VAS
pada 6.0 + 1.9. Adalah didapati bahawa terapi Varmam sebagai rawatan tambahan
ke atas intervensi multidisiplin yang standard dan ubat penahan sakit oral dapat
mengurangkan persepsi sakit kronik secara signifikan ke 4.3 +1.8 pada minggu ke-6;
3.7 + 2.2 pada bulan ke-3 dan 3.7 + 2.4 pada bulan ke-6 (p<0.001).
LAPORAN TAHUNAN
182 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019