Page 190 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 190
Imej 5.8
Ahli Mesyuarat Sampingan ASEAN Untuk Nota Konsep Dialog PT&K ASEAN
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
MESYUARAT TEKNIKAL DUA HALA KALI KE-6 KERJASAMA DALAM SISTEM PERUBATAN
TRADISIONAL DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN INDIA
Mesyuarat teknikal dua hala tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada
6 Ogos 2019. Delegasi Kerajaan Malaysia diketuai oleh Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah
BPTK telah mempengerusikan mesyuarat teknikal tersebut bagi pihak Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia. Delegasi daripada Kerajaan Republik India telah diketuai oleh
Encik P.N. Ranjit Kumar, Joint Secretary, Ministry of Ayurveda, Yoga and Naturopathy,
Unani, Siddha and Homeopathy (AYUSH). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil
daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Bahagian Regulatori Farmasi Negara
(NPRA), Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), Kementerian Luar
Negeri dan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.
Antara hasil perbincangan mesyuarat teknikal tersebut adalah:
a) Pelanjutan deputasi pakar Perubatan Tradisional India melalui program Indian
Technical and Economic Cooperation (ITEC);
b) Peluang menjalani kursus atau latihan professional sebagai AYUSH Therapist di
India;
c) Tawaran biasiswa di bawah program AYUSH Scholarship Scheme for Malaysians
akan diteruskan;
d) Penubuhan AYUSH academic chair di institusi pengajian tinggi Malaysia;
e) Kolaborasi dalam kajian tumbuhan herba untuk pencegahan atau rawatan
penyakit jangkitan denggi dan leukoderma;
f) Penganjuran bengkel bagi pengilang ubat/ produk tradisional di India berkenaan
mekanisme pengawalseliaan dan proses pendaftaran produk tradisional di
Malaysia; dan
g) Membantu mengesahkan status kelayakan pengamal PTI dari negara India yang
ingin bekerja di Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN
180 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019