Page 196 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 196
PENGENALAN
Program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST) adalah diketuai oleh Timbalan
Ketua Pengarah Kesihatan (TKPK (P&ST)). Program ini menjalankan aktiviti-aktiviti
yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan teknikal dan sokongan kepada
Program-program lain di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program
ini terdiri daripada Bahagian-bahagian berikut: Perancangan, Perkhidmatan
Kejuruteraan, Kawalselia Radiasi Perubatan dan enam (6) buah institut penyelidikan
di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH).
BAHAGIAN PERANCANGAN
Bahagian Perancangan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penting seperti
formulasi Pelan Transformasi Sektor Kesihatan, memperbaiki kualiti data Kesihatan,
menubuhkan Standard Informatik Kesihatan untuk Malaysia, serta membuat
perancangan, pembangunan dan penilaian program dan projek seperti yang
dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Bahagian Perancangan
terdiri daripada enam (6) seksyen iaitu:
i. Perancangan Dasar dan Pelan Kesihatan (PDPK)
ii. National Health Financing (NHF)
iii. Malaysia National Health Accounts (MNHA)
iv. Pusat Informatik Kesihatan (PIK)
v. Perancangan Fasiliti Kesihatan (PFK)
vi. Perancangan Strategik eHealth
SEKSYEN PERANCANGAN DASAR DAN PELAN KESIHATAN (PDPK)
PEMBANGUNAN DASAR KESIHATAN NEGARA (DKN)
Cadangan draf asal DKN telah disediakan oleh urusetia KKM yang merangkumi 1.
Healthy Population; 2. Sustainable Health System; dan 3. Vibrant Health Industry
and Economy. Walau bagaimanapun, satu sesi mesyuarat telah diadakan pada 5
Mac 2019 dan YBMK telah memberi arahan kepada rangka kerja Dasar Kesihatan
agar tumpuan diberikan kepada Kemampanan Penjagaan Kesihatan. Seterusnya
satu sesi perbincangan telah diadakan pada 15 Mac 2019 dimana YBMK bersetuju
secara konsep dengan skop yang telah dibentangkan. Susulan daripada perbincangan
tersebut YBMK memutuskan untuk menyediakan sendiri dokumen DKN mengikut
aspirasi beliau (Imej 6.1) berdasarkan skop yang telah dipersetujui.
Pada 1 Ogos 2019, YBMK telah menyampaikan idea-idea berkenaan National Health
Reform (dihasilkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan (Health Advisory Council (HAC)).
KKM masih dalam peringkat penyediaan Dasar Kesihatan Negara. Justeru itu, usaha
yang telah dilakukan berkenaan pembangunan dasar tersebut akan diteruskan.
LAPORAN TAHUNAN
186 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019