Page 187 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 187
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) mula beroperasi sejak
tahun 2004. BPTK bertanggungjawab untuk mengawal selia perkhidmatan perubatan
tradisional dan komplementari (PT&K) serta memastikan PT&K yang selamat dan
berkualiti ke arah kesejahteraan rakyat. Cawangan yang dibentuk bawah BPTK adalah
Cawangan Dasar dan Perkembangan, Cawangan Pengurusan dan Latihan, Cawangan
Amalan PT&K, Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan serta Sekretariat Majlis
PT&K.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE
BLUEPRINT 2018-2027 (HEALTH CARE)
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Traditional and Complementary
Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care) telah diadakan sebanyak dua kali iaitu
pada 22 Januari 2019 dan 10 Oktober 2019.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Perubatan) dan terdiri daripada wakil dari pelbagai Kementerian termasuk:
(i) Kementerian Kesihatan Malaysia:
• Institut Penyelidikan Perubatan
• Bahagian Regulatori Farmasi Negara
• Urusetia Institut Kesihatan Negara
• Bahagian Perancangan KKM
• Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
(ii) Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
• Pejabat Pembangunan Herba
• Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan
(iii) Kementerian Pendidikan Malaysia
• Agensi Kelayakan Malaysia
(iv) Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan
• Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(v) Pusat Biodiversiti Sabah
(vi) Pusat Biodiversiti Sarawak
Sejak pelancaran T&CM Blueprint 2018-20287 (Health Care) pada tahun 2018,
sebanyak 47 daripada 71 pelan tindakan telah mula dilaksanakan. Sehingga Disember
2018, sebanyak lima (5) pelan tindakan telah berjaya disempurnakan. Selain itu,
pelan tindakan yang selebihnya berjalan dengan lancar mengikut garis masa yang
ditetapkan. BPTK sebagai urusetia bagi pelaksanaan T&CM Blueprint 2018-2027
(Health Care) akan sentiasa memantau dan berkerjasama dengan agensi yang terlibat
demi memastikan kesemua pelan tindakan yang ditentukan dapat mencapai sasaran
dengan jayanya.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 177