Page 186 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 186
LATIHAN PROFESIONAL PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU
Pada tahun ini, BSKB telah melaksanakan 11 Kursus Orientasi Pegawai Lantikan
Baharu. BSKB juga telah melaksanakan tiga (3) kursus generic iaitu Kursus Intoduction
to Coaching and Mentoring for Allied Health Professionals, Kursus Infografic dan
Kursus Change Management untuk memberi nilai tambah kepada perkembangan
perkhidmatan SKB.
Tahun ini untuk pertama kalinya BSKB telah bertindak sebagai penyelaras penggunaan
peruntukan modal insan bagi 28 Profesion Kesihatan Bersekutu dan berjaya
menganjurkan sebanyak 70 kursus bagi kategori Pengurusan & Profesional dan juga
kategori Pelaksana.
Dengan kerjasama 19 Profesion Kesihatan Bersekutu dari Kumpulan Klinikal dan
Kumpulan Makmal, BSKB telah berjaya menyediakan Pelan Latihan Profesional Sains
Kesihatan Bersekutu yang akan diguna pakai sebagai panduan hala tuju latihan generik,
fungsional dan task-specific kepada ahli-ahli profesion yang berada di lapangan.
HALA TUJU
BSKB bersedia untuk memainkan peranan dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
Tumpuan akan diberikan kepada menilai pencapaian ke atas strategi dan program
yang dilaksanakan di bawah RMK-11. Setiap inisiatif/aktiviti yang telah berjaya dicapai
akan dikekalkan dan diteruskan; manakala yang masih belum berjaya dicapai, akan
dilaksana melalui strategi yang baharu di bawah RMK-12, mengintegrasikan inisiatif
di bawah program perubatan dan kesihatan awam bagi meningkatkan lagi kualiti
perkhidmatan yang diberikan oleh Profesion Kesihatan Bersekutu khasnya dan KKM
amnya.
LAPORAN TAHUNAN
176 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019