Page 159 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 159

LEMBAGA PEMBANTU HOSPITAL ESTAT (LPHE)

                                                   Jadual 5.15
                              Jumlah Anggota Pembantu Hospital Estet (PHE) 2019


                  Jumlah Ladang         Jumlah Klinik          Bil. Pembantu Hospital Estet
                       4130                 684                            681
               Sumber: Lembaga Pembantu Perubatan, KKM

                                                   Jadual 5.16
                           Pembantu Hospital Ladang Berdaftar Dengan Sistem BLESS


                    Tahun              Percubaan                 Gred               Jumlah

                     2019                  34                     68                  102
               Sumber: Lembaga Pembantu Perubatan, KKM

               CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)


               Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan
               berperanan  untuk menguatkuasakan Akta Kemudahan  dan  Perkhidmatan
               Jagaan  Kesihatan  Swasta  1998  [Akta  586]  yang  telah  memasuki  tahun  ke-tiga
               belas  pelaksanaannya  pada  tahun  2019.  Aktiviti  kawalan  dan  kawal  selia  bagi
               kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta 586 adalah
               termasuk  pendaftaran,  kelulusan,  pelesenan,  pengendalian  aduan,  penilaian
               kualiti,  aktiviti  penguatkuasaan  dan  perkara-perkara  lain  yang  berkaitan  dengan
               kemudahan  dan  perkhidmatan  jagaan  kesihatan  swasta  (KPJKS).  Selain  itu,  CKAPS
               turut mengimplementasi Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturannya, berkaitan
               kemudahan  jagaan  kesihatan  swasta  psikiatri.  Terdapat  tiga  (3)  sektor  di  CKAPS
               iaitu ; Sektor Polisi, Sumber dan Piawaian, Sektor Teknikal dan Operasi, serta Sektor
               Penilaian Perkhidmatan.

               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

               SEKTOR POLISI, SUMBER & PIAWAIAN (PSP)


               Fungsi Sektor PSP
               Terdapat dua (2) unit bawah sektor ini iaitu Unit Polisi dan Sumber serta Unit Piawaian.
               Tugasan sektor ini antara lain adalah seperti berikut:

               (a)   Menyediakan maklumat dan input  yang betul  dan  tepat berkaitan Akta 586
                     bagi pihak atasan, Bahagian atau Cawangan lain, intra atau inter-agensi apabila
                     diperlukan;
               (b)   Menyenggara hasil kutipan bawah Akta 586 yang terdiri daripada fi pemprosesan,
                     fi pengeluaran, fi pentadbiran dan kompaun;





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  149
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164