Page 141 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 141

UNIT PROFESION PAKAR PERUBATAN

               (i) Pewartaan Pakar Bidang Klinikal
               Setiap lulusan kepakaran perlu diwartakan oleh Jawatankuasa Khas Perubatan yang
               dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan 3 ahli panel sebelum ditauliahkan
               sebagai pakar dan dibenarkan menjalankan tugas-tugas pakar sejajar dengan Seksyen
               27 Bab F, Perintah Am Kerajaan. Pada tahun 2019, seramai 603 orang pakar dalam
               bidang  klinikal  telah  diwartakan  berbanding  777  orang  pakar  pada  tahun  2018.
               (Jadual 5.4).

                                                   Jadual 5.4
                       Bilangan Pakar Yang Diwartakan Mengikut Tahun 2015 Hingga 2019


                                        Bilangan Pakar yang Diwartakan

                     2015            2016             2017            2018             2019

                      503             586             707              777             603
               Nota: Termasuk Pakar Perubatan Kontrak
               Sumber: Cawangan Pembangunan Profesyen Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM

               (ii) Pakar Dalam Bidang Klinikal di Hospital KKM
               Bilangan pakar dalam bidang klinikal yang berkhidmat di hospital KKM menunjukkan
               peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2018, jumlah pakar dalam bidang klinikal adalah
               seramai 5507 orang, jumlah tersebut meningkat kepada 5649 orang pada tahun 2019.
               Walaupun bilangan Pakar Perubatan semakin bertambah setiap tahun namun jumlah
               tersebut masih belum dapat memenuhi keperluan negara ke arah mencapai status
               negara maju.


               UNIT PROGRAM PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH

               Graduan  perubatan  berpeluang  untuk  dilantik  ke  perkhidmatan  awam  sebagai
               Pegawai  Perubatan  Siswazah  (PPS)  bagi  menjalani  latihan  siswazah  di  49  buah
               Hospital Latihan Siswazah, termasuk tiga (3) buah Hospital Universiti. Program PPS
               merupakan program latihan selama dua (2) tahun untuk melatih PPS sebelum mereka
               layak  diberikan  Sijil  Pendaftaran  Penuh  dan  boleh  ditauliahkan  sebagai  pengamal
               perubatan yang kompeten.

               Beberapa penambahbaikan dalam Program PPS  telah dilakukan pada  tahun  2019
               iaitu:
               a.  Pemurnian Sistem Waktu Kerja Fleksi
               b.  Akreditasi  Hospital  Langkawi  dan  Hospital  Keningau  sebagai  Hospital  Latihan
                   Siswazah
               c.  Garis panduan Program Sangkutan Klinikal bagi graduan perubatan diperkenalkan.




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  131
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146