Page 144 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 144
Unit ini juga terlibat secara langsung dalam pembangunan ASEAN Strategic Plan to
combat Antimicrobial Resistance (AMR) serta mesyuarat konsultasi peringkat serantau
(Western Pacific Region) yang berkaitan dengan pengawalan AMR.
UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di perkhidmatan awam
merupakan antara fokus utama pada tahun 2019 serta dijadikan sebagai salah satu
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Setiuasaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Indikator dibawah KPI tersebut termasuk mempamerkan Dasar Keselamatan &
Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia di hospital dan institusi perubatan,
penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) serta pelaksanaan Hazard
Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC).
Selain itu, unit ini turut terlibat dalam program saringan kesihatan untuk faktor Non-
Communicable Disease (NCD) dalam kalangan pekerja KKM yang juga merupakan KPI
Pengarah Perkembangan Perubatan dan Pengarah Kesihatan Negeri. Hasil pemantauan
mendapati sepanjang tahun 2019, seramai 127,107 orang pekerja di hospital dan
insititusi perubatan telah dikenal pasti layak untuk menjalani saringan kesihatan dan
94,631 orang daripadanya telah disaring dan mencapai sasaran sebanyak 74 peratus
(sasaran ≥ 60peratus).
Pada tahun 2019, Seminar Keselamatan Jalan Raya (CARS) telah diadakan bersempena
Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama Malaysian Institute of
Road Safety Research (MIROS). Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
mengenai keselamatan jalan raya di kalangan pekerja KKM.
UNIT AKREDITASI DAN PIAWAIAN
Sehingga 2019, terdapat sejumlah 64 daripada 145 buah hospital atau institusi yang
telah menerima pensijilan akreditasi yang terdiri daripada 8 hospital tertier, 7 hospital
sekunder, 44 hospital primer dan 5 institusi. Selain daripada itu, satu siri training of
trainer yang melibatkan empat (4) zon telah dijalankan bagi melatih anggota kesihatan
mengenai standard akreditasi dan pelaksanaannya di peringkat hospital dan negeri.
Program Perubatan juga merupakan program pertama di KKM yang berjaya
memperolehi pensijilan MS ISO 9001: 2015 melalui audit yang dijalankan oleh Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
LAPORAN TAHUNAN
134 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019