Page 138 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 138

NILAI            TEMPOH
              Bil                TENDER
                                                          KONTRAK (RM)         KONTRAK
              5    Ujian CD4/CD8 Enumeration with           5,964,436.90    2019 hingga 2023
                   Instrument Placement

              6    Ujian Identifikasi Mikroorganisma       20,228,964.50    2020 hingga 2024
                   MALDI-TOF with Instrument
                   Placement

              7    Ujian Diagnostik Viral Molecular        28,844,046.00    2020 hingga 2024
                   Assay with Instrument Placement

            Sumber: Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, KKM

            Unit  ini  juga  bekerjasama  dengan  Bahagian  Perolehan  dan  Penswastaan  untuk
            memantau 336 produk ‘consumables’ di bawah Program Approved Product Purchased
            List (APPL) melalui konsesi ubat dan ‘consumables’ Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd.
            bagi tahun 2017 hingga 2019.

            (iv)  Program Perolehan Secara Sewa Beli (Leasing)
            Pada tahun 2019, Unit Sumber Perubatan telah melaksanakan proses tender Program
            Perolehan Secara Sewa Beli (Leasing) melibatkan enam (6) jenis peralatan perubatan.
            Sejumlah RM1,563,830.00 telah diturunkan kepada hospital untuk pembayaran sewa
            mulai Oktober 2019 bagi lima (5) peralatan perubatan iaitu Computed Tomography
            (CT)  Scanner,  Intensive  Care  Bed,  Orthopaedic  Operating  Table,  General  Surgery
            Operating Table dan General X-ray. Kerja tapak bagi alat Computed Tomography (CT)
            Scanner juga telah berjaya diselesaikan dengan jumlah kos sebanyak RM3,655,400.00.


            UNIT PERKHIDMATAN SOKONGAN KLINIKAL

            Antara pencapaian  UPSK  pada  tahun  2019  adalah  kejayaan dalam  menghasilkan
            dan  menerbitkan  buku  ‘National  Radiology  Services  Operational  Policy’ yang
            merupakan edisi pertama sejak wujudnya perkhidmatan Radiologi di Kementerian
            Kesihatan  Malaysia.  Buku  polisi  ini  merangkumi  komponen-komponen  penting
            dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Radiologi yang efisien, berkualiti dan
            selamat kepada pesakit.

            Sejajar dengan hala  tuju  kerajaan terhadap  Electronic  Medical  Record (EMR) dan
            gerakan  globalisasi  terhadap  keperluan  Industrial  Revolution  (IR)  4.0,  UPSK  juga
            tidak  ketinggalan  dan  turut  serta  ke  arah  kemajuan  informasi  teknologi.  Blood
            Bank Information System v2 (BBISv2) bagi Perkhidmatan Perubatan Transfusi telah
            berjaya dihasilkan, dilengkapkan dan diguna pakai ke 22 buah pusat kutipan darah
            di seluruh negara manakala Radiological Information System dan Picture Archiving
            Communication System (RISPACS) telah dibangunkan dan digunakan  di Hospital Raja
            Perempuan Zainab II, Kota Bharu, sebagai fasiliti perintis sistem ini.  Kedua-dua sistem
            ini  akan diperluaskan ke  hospital-hospital lain  di Kementerian Kesihatan Malaysia
            secara berfasa.






        LAPORAN TAHUNAN
    128  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143