Page 136 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 136

5.  Perkhidmatan Transplantasi Organ dan Tisu Kebangsaan
            Sebanyak 292 kes berpotensi bagi pendermaan organ dan tisu selepas kematian telah
            dirujuk kepada Pusat Sumber Transplan Nasional pada 2019. Daripada jumlah ini, 28
            orang penderma organ/tisu kadaverik telah diperolehi.

            KKM telah menjalankan pengukuhan tadbir urus perkhidmatan perolehan organ dan
            tisu dengan penubuhan unit khusus bagi menjalankan pengesanan dan pengurusan
            kes berpotensi di 16 buah hospital fokus.

            UNIT SUMBER PERUBATAN


            1.  Peruntukan dan Bajet
            Pada tahun 2019, Bahagian Pembangunan telah meluluskan sebanyak
            RM53,000,000.00 kepada Program Perubatan bagi perolehan peralatan perubatan.
            Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM39,405,000.00 telah diperuntukkan kepada
            Unit Sumber Perubatan, manakala RM13,595,000.00 telah diagihkan terus kepada
            hospital-hospital KKM bagi naik taraf dan perolehan endoscope (OGDS, colonoscope,
            ERCP dan cystoscope), Photo Cabin, Sleep Study, katil dan alatan kritikal yang lain.


            Sebanyak RM29,966,067.00 telah dibelanjakan oleh Unit Sumber Perubatan, manakala
            baki penjimatan berjumlah RM9,438,933.00 telah diagihkan kepada hospital-hospital
            KKM.

            2.  Perolehan


            (i)  Peralatan Perubatan Baru
            Sejumlah RM29,966,067.00 telah dibelanjakan pada tahun 2019 untuk pembelian
            secara tender berpusat bagi peralatan Biplane Angiography System, Extracorporeal
            Shockwave  Lithotripsy  (ESWL),  Full  Field  Digital  Mammography  (FFDM),  Electric
            Plaster Cutting Machine, Image Intensifier, Midrange Ultrasonography, Mobile X-ray,
            High end Ventilator dan Anaesthetic Machine.


            (ii)  Naik taraf Peralatan Perubatan Sedia ada
            Unit ini juga telah menguruskan perolehan untuk projek naik taraf peralatan perubatan
            sedia ada di hospital-hospital KKM seperti Jadual 5.1 di bawah.





















        LAPORAN TAHUNAN
    126  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141