Page 145 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 145

UNIT KESELAMATAN PESAKIT
               Seminar dan Pelancaran Hari Keselamatan Pesakit Sedunia julung kali telah diadakan
               pada  17 September  2019. Ini  adalah  berikutan daripada  resolusi  Persidangan
               Kesihatan  Sedunia  (WHA)  72.6  yang  mengiktiraf  keselamatan  penyakit  sebagai
               salah  satu keutamaan kesihatan global.  Pada Februari 2019,  satu memorandum
               telah ditandatangani  antara KKM dan International Medical University (IMU) untuk
               membangunkan Online Patient Safety Course for Junior Doctors bagi meningkatkan
               keberkesanan  penyampaian  modul  keselamatan  pesakit. Sehingga kini,  jumlah
               pegawai perubatan siswazah yang telah menjalani kursus Mandatory Patient Safety
               Awareness Course adalah seramai 13,943 orang.


               Selain  daripada itu, satu garis panduan  Pelan Tindakan Insiden  Kecemasan  dan
               Bencana  Dalaman  telah  dibangunkan  untuk  memastikan  kesiapsiagaan  institusi
               kesihatan  sewaktu  kecemasan  atau  bencana.  Pada  tahun  2019  juga,  satu  projek
               keselamatan pesakit menggunakan kaedah ‘lean’ telah dijalankan di 8 buah hospital
               KKM  bertujuan  untuk meningkatkan keselamatan di  dalam proses penyampaian
               penjagaan kesihatan.

               Di peringkat global, Unit Keselamatan Pesakit telah terlibat sebagai panel pakar bagi
               membangunkan panduan dalam menilai program keselamatan pesakit yang diadakan
               di Salzburg, Austria.

               UNIT PENGAWASAN PENCAPAIAN KLINIKAL

               Pada  tahun  2019,  pengemaskinian  KPI  Perkhidmatan  Klinikal  Program Perubatan
               telah dilaksanakan mengikut keperluan terkini.  Unit ini  juga turut diberi  mandat
               untuk memantau lapan indikator bagi Universal Health Coverage melibatkan Program
               Perubatan iaitu   “bed  occupancy  rate,  proportion  of  newborns  receiving  essential
               newborn  care,  30-day  mortality  after  admission  to  hospital  for  acute    myocardial
               infarction,  hospital  average  length  of  stay  (in  days)  ,  cataract  surgical  rate  and
               coverage, post-operative sepsis rate, hospital readmission rate and proportion of the
               population utilizing the rehabilitation services they require.”



               UNIT NILAI DAN ETIKA PERUBATAN

               Unit Nilai dan Etika Perubatan bertanggungjawab dalam menganalisa dan memberi
               maklum balas aduan  yang diterima  serta memantau penambahbaikan yang telah
               dijalankan oleh pihak hospital KKM. Unit ini juga bertanggungjawab sebagai urusetia
               Kajian  Kepuasan  Pelanggan  (SERVQUAL)  pada  tahun  2019  dan  urusetia  Piagam
               Pelanggan Teras KKM dalam penyediaan laporan perubatan dalam masa ditetapkan
               bagi Bahagian Perkembangan Perubatan.  Unit ini akan terus menguruskan aduan
               secara efektif bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  135
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150