Page 142 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 142
UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CONTINUING PROFESSIONAL
DEVELOPMENT (CPD)
Program Pembangunan Profesional Berterusan/Continuing Professional Development
(CPD) merupakan satu bentuk pembelajaran dan pembangunan professional sepanjang
hayat yang sistematik bagi membolehkan profesional kesihatan mengekalkan dan
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran.
Sistem myCPD versi 2.0 yang dilancarkan pada tahun 2017 telah digunakan oleh lebih
230,000 orang pengguna berdaftar dari 52 skim perkhidmatan kesihatan di KKM dan
juga sektor swasta.
Penggunaan mata kredit CPD akan disesuaikan dengan keperluan atau tujuan yang
berbeza seperti untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pembaharuan Sijil
Amalan Tahunan untuk pengamal perubatan serta pendaftaran pakar perubatan di
dalam National Specialist Register (NSR) dan juga untuk memenuhi keperluan latihan.
CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN
Kualiti kesihatan adalah salah satu daripada asas utama perkhidmatan kesihatan.
Bagi menuju ke arah perlindungan kesihatan sejagat, akses kesihatan perlu disertai
dengan kualiti perkhidmatan kesihatan yang baik. Oleh yang demikian, Cawangan
Kualiti Penjagaan Perubatan bertanggungjawab mengendalikan aktiviti-aktiviti bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan penjagaan kesihatan yang
selamat.
UNIT AUDIT KLINIKAL
Fungsi utama Unit Audit Klinikal adalah menjalankan inisiatif kualiti dengan
berpandukan audit klinikal termasuk Program Bebas Kesakitan (iaitu Pain as the
5 Vital Sign (P5VS) dan Hospital Bebas Kesakitan), Perioperative Mortality Review
th
(POMR) dan Program MENANG. Sehingga kini, 29 buah hospital telah mendapat status
Pain Free Hospital di Malaysia. POMR adalah audit klinikal berdasarkan peer-review
yang melibatkan 71 buah hospital berpakar KKM. Ianya adalah merupakan komponen
utama di dalam Global Surgery 2030, di mana menjelang tahun 2030, sasaran kadar
pelaporan bagi POMR hendaklah mencapai kadar 100 peratus (Rajah 5.1).
LAPORAN TAHUNAN
132 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019