Page 146 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 146
Rajah 5.2
Jumlah Aduan yang Diterima oleh Hospital KKM (Januari 2017 Hingga Oktober
2019
Sumber: Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM
HALA TUJU
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan akan terus komited dalam meningkatkan
inisiatif penambahbaikan kualiti dan membangunkan dasar mengikut keperluan
terkini bagi memastikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan selamat.
CAWANGAN PENILAIAN TEKNOLOGI KESIHATAN
Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan
atau lebih dikenali sebagai MaHTAS menghasilkan laporan penilaian teknologi
kesihatan, panduan amalan klinikal, sintesis penyelidikan lain yang telus, relevan
dan mudah diakses sebagai input dalam membuat keputusan atau dasar berkaitan
teknologi kesihatan seperti perolehan, penggunaan, pelupusan, pembayaran balik
dan penetapan harga.
LAPORAN PENILAIAN TEKNOLOGI KESIHATAN DAN PANDUAN AMALAN KLINIKAL
Sepanjang tahun 2019, dua (2) laporan Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA), 12
laporan Kajian Teknologi Kesihatan (TR), 22 Information Brief (IB), lima (5) laporan
TechBrief, 16 laporan TechScan dan sembilan (9) Panduan Amalan Klinikal (CPG) telah
dihasilkan oleh MaHTAS (Rajah 5.3). Daripada 12 TR yang dihasilkan, sembilan (9)
teknologi telah disyorkan untuk digunakan, satu (1) teknologi disyorkan untuk tujuan
penyelidikan dan satu (1) teknologi tidak disyorkan untuk digunakan.
Secara keseluruhan daripada tahun 1997 sehingga 2019, MaHTAS telah menghasilkan
73 laporan HTA, 365 laporan TR, 126 CPG, 155 IB, 22 Techbrief dan 44 Techscan. Tajuk
laporan dan CPG yang dihasilkan sepanjang tahun 2019 adalah seperti tersenarai
dalam Jadual 5.5 dan Jadual 5.6. Semua laporan dan CPG boleh dimuat turun dari
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di www.moh.gov.my.
LAPORAN TAHUNAN
136 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019