Page 140 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 140

(ii)   Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway di KKM
            Pegawai  perubatan  juga  berpeluang  untuk  mengikuti  latihan  kepakaran  menerusi
            Program  Latihan  Kepakaran  Parallel  Pathway di  KKM  yang dijalankan secara
            sepenuhnya atau sebahagian besarnya di dalam negara. Pada ketika ini terdapat 15
            Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dalam 14 bidang kepakaran termasuk
            2 program untuk Perubatan Keluarga. Sehingga 31 Disember 2019, terdapat 2739
            pegawai perubatan telah berdaftar sebagai pelatih program (Jadual 5.3).

                                                Jadual 5.3
              Jumlah Pegawai Perubatan Lulusan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway
                                        di KKM (2011 hingga 2019)


             Bidang       Ijazah    2011   2012   2013   2014   2015   2016   2017   2018   2019

          Perubatan     MRCP         67     76     47     77     85     112    78     172    170
          Dalam

          Pediatrik     MRCPCH       25     27     27     37     35     15     39      40    65
          O&G           MRCOG        5       5      4      2      9      1      6      26    19

          Oftalmologi   FRCOphth     0       0      0      0      1      0      0      0      0
          Onkologi      FRCR         1       1      3      0      2      4      0      0      0
          Klinikal      ONCOLOGY
          Anestesiologi  FCAI        0       0      0      0      0      1      1      0      1

          Radiologi     FRCR         0       0      0      0      0      0      1      6     11
          Psikiatri     MRCPsych     0       0      0      0      0      0      3      3      3

          Forensik      DMJPAth      0       0      0      0      0      0      0      0      1
                  JUMLAH             98    109     81     116    132    133    128    247    270

            Sumber: Cawangan Pembangunan Profesyen Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM

            (iii) Program Sub Kepakaran
            Program Latihan Sub Kepakaran KKM telah dilaksanakan secara berstruktur di fasiliti
            KKM, universiti awam dan luar negara. Pada tahun 2019, 250 slot Hadiah Latihan
            Persekutuan (HLP) telah diperuntukkan untuk latihan sub kepakaran dan mulai tahun
            2018, KKM turut menawarkan 100 slot Program Sub Kepakaran tanpa biasiswa kepada
            pegawai  perubatan  pakar.  Kemudahan  Cuti  Belajar  Bergaji  Penuh  dengan  Hadiah
            Latihan Persekutuan diutamakan kepada pakar-pakar yang menjalani latihan di luar
            negara manakala latihan di dalam negara adalah tanpa Hadiah Latihan Persekutuan.












        LAPORAN TAHUNAN
    130  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145