Page 139 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 139

Perkhidmatan Patologi Kebangsaan telah berjaya menganjurkan National Pathology
               Conference  2019 yang bertemakan  ‘Dedicated  to  Discovery,  Committed  to  Care’
               bertempat di KSL  Hotel and Resort,  Johor Bahru pada  26  hingga 27  Ogos 2019.
               Persidangan ini diadakan setiap tahun, berteraskan objektif yang berfokuskan kepada
               perkongsian pengetahuan, kemahiran teknikal serta pengalaman di kalangan pakar
               patologi,  pegawai  perubatan  patologi,  pegawai  sains  dan  juruteknologi  makmal
               perubatan.

               Tahun 2019 menyaksikan pencapaian bagi Perkhidmatan Perubatan Forensik apabila
               National  Conference  Forensic  Medicine and  Science 2019 telah  berjaya menarik
               perhatian  peserta  luar  negara.  Konferens  yang  berlangsung  selama  tiga  (3)  hari
               ini  bertemakan ‘Building  A Future For Justice and  Humanity’ merupakan platform
               untuk bertukar  idea, berkongsi  pengalaman dan membincangkan pelbagai topik
               bagi  memastikan  penyampaian  perkhidmatan  yang  berkualiti.  Operasi  Kuala  Koh
               menjadi cabaran kepada Perkhidmatan Perubatan Forensik di mana kepakaran
               mereka diperlukan dalam menentukan sebab kematian orang asli suku Batek. Selain
               itu, kolaborasi  bersama  International  Committee  of  the  Red  Cross  (ICRC) dalam
               mengendalikan ‘Management of The Dead’ menunjukkan pengiktirafan kepakaran ini
               di peringkat antarabangsa.

               HALA TUJU

               Sebagai  langkah  bagi  masa  hadapan,  Cawangan  Perkembangan  Perkhidmatan
               Perubatan  akan  terus  komited  dalam  memastikan  perkhidmatan  perubatan  yang
               terbaik  diberikan  kepada  pesakit  dengan  menggunakan  sumber  optimum  yang
               tersedia.

               CAWANGAN  PEMBANGUNAN PROFESION PERUBATAN


               UNIT KEPAKARAN DAN SUB KEPAKARAN PERUBATAN


               (i)  Program Sarjana Perubatan Tempatan
               Program  Sarjana  Perubatan  adalah  program  latihan  kepakaran  asas  yang  telah
               diiktiraf     oleh  Majlis Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh lapan (8) universiti
               awam pada masa ini dengan kerjasama KKM. Pada tahun 2019 terdapat 23 bidang
               kepakaran yang ditawarkan dan jumlah  hospital KKM yang diakreditasi sebagai pusat
               latihan  bagi  Program  Sarjana  Perubatan  kekal  33  hospital.  Pertambahan  slot  HLP
               yang ditawarkan sejak 2008 secara langsung menghasilkan     pertambahan bilangan
               pegawai perubatan lulusan kepakaran di KKM.  Pada tahun 2019, seramai 657 orang
               graduan lulusan kepakaran telah melapor diri ke KKM berbanding 550 orang pada
               tahun 2018, 481 orang pada tahun 2016 dan 371 orang pada tahun 2014.













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  129
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144