Page 119 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 119
KEMPEN MEDIA SOSIAL DAN APLIKASI TELEFON PINTAR ‘MYNUTRIDIARI 2’ (MND 2)
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Advokasi
dan promosi pemakanan turut dipergiat menggunakan
platform media sosial. Antara media sosial yang digunakan
adalah Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Channel.
Sehingga Disember 2019, laman rasmi Facebook Bahagian
Pemakanan telah mencapai sebanyak 92,000 orang pengikut,
Instagram (7000), Twitter (2000) dan Youtube Channel
(355 suscribers). Selain itu, aplikasi telefon pintar turut
diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘MyNutriDiari 2’ (MND2).
Aplikasi MND2 diharap dapat membantu pengguna memantau jumlah kalori bagi
makanan dan minuman yang diambil. Sehingga Disember 2019, lebih dari 127,000
pengguna telah memuat turun aplikasi ini.
BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK) telah melaksanakan pelbagai inisiatif and
aktiviti promosi kesihatan menerusi kempen kesedaran dan intervensi cara hidup
sihat semenjak tahun 1991 sehingga kini. Sebagai peneraju utama dalam pelaksanaan
aktiviti promosi kesihatan kebangsaan, BPK memberi fokus kepada kempen dan
promosi kesihatan yang berasaskan kepada pemupukan budaya cara hidup sihat
menerusi peningkatan literasi kesihatan dan perubahan tingkah laku yang berkekalan.
Pelaksanaan program promosi kesihatan tersebut berlandaskan kepada enam (6)
inisiatif utama iaitu:
i. Inisiatif Celik Kesihatan
ii. Inisiatif Hidup Aktif
iii. Inisiatif Komunikasi Risiko
iv. Inisiatif Bebas Asap Rokok dan Modifikasi Tingkah Laku
v. Inisiatif Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan dan Komuniti
vi. Inisiatif Persekitaran yang Menyokong Hidup Sihat
INISIATIF CELIK KESIHATAN
BPK telah menyediakan akses ke portal www.infosihat.gov.my dan www.myhealth.
gov.my serta mengoptimumkan penggunaan media sosial dan media konvensional
sebagai saluran popular menyampaikan mesej-mesej kesihatan kepada masyarakat.
Landasan Facebook, Instagram, Twitter, Telegram, Youube, radio dan televisyen telah
digunakan bagi mencetuskan advokasi sosial dalam konteks kesihatan (Rajah 4.18).
Pada tahun 2019, BPK telah menerbitkan E-Majalah Kesihatan (Edisi MyHEALTH)
sebanyak enam (6) keluaran (Rajah 4.19).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 109