Page 118 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 118
Rajah 4.17
Peratus Kategori Indeks Jisim Tubuh (IJT) Peserta Pra Dan Pasca Program
Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
INISIATIF PEMERKASAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) BAGI MENANGANI
MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH: CARA HIDUP ANDA
TERBAIK (C-HAT)
Inisiatif C-HAT (Cara Hidup Anda Terbaik) dilaksanakan bermula pada tahun 2016
hingga 2018. Inisiatif ini merupakan kolaborasi pintar bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah. Inisiatif ini menggunakan PIBG yang dilatih sebagai duta atau
agen perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan dan
gaya hidup sihat. Strategi yang digunakan dalam pelaksanaan inisiatif ini termasuklah
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa serta guru mengenai kepentingan
pemakanan sihat dan aktiviti fizikal seterusnya menterjemahkan pengetahuan yang
diperolehi dengan mengamal dan membudayakan amalan pemakanan sihat dan
aktiviti fizikal secara berterusan di sekolah dan di luar sekolah.
Secara kumulatif, sebanyak lapan ribu empat ratus dua puluh enam (8,426) buah
sekolah (82.6 peratus) dan tujuh belas ribu enam puluh dua orang (17,062) ahli PIBG
telah dilatih dari tahun 2016 hingga 2018 di seluruh Malaysia. Tiga (3) siri Mesyuarat
Pengukuhan Inisiatif C-HAT telah dijalankan pada tahun 2018 iaitu di Ipoh, Perak bagi
Zon Utara & Tengah, di Johor Bahru, Johor bagi Zon Selatan dan di Kuantan, Pahang
bagi Zon Timur. Lima (5) siri Mesyuarat Pengukuhan Inisiatif C-HAT telah dijalankan
pada tahun 2019 di Sabah, Sarawak serta Labuan. Hasilnya, dua ratus lapan (208) orang
Jurulatih Utama Negeri (JUN) telah dilatih di seluruh Malaysia dan akan menggerakkan
Pelan Tindakan C-HAT negeri masing-masing. Selain itu, pelbagai aktiviti C-HAT telah
dijalankan di banyak sekolah seperti Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS),
Program Pengurusan Berat Badan, aktiviti pemakanan, aktiviti fizikal, saringan berat
badan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
LAPORAN TAHUNAN
108 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019