Page 117 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 117
Jawatankuasa Penetapan Kriteria Nutrien bagi Polisi Larangan Mengiklan Makanan
dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam dan Gula. Terdapat 15 kategori
makanan dan 40 sub-kategori makanan dalam Malaysia Nutrient Profile List tersebut.
WHO Nutrient Profile Model For The Western Pacific Region telah digunakan sebagai
rujukan utama dalam pembentukan Nutrient Profile List tersebut. Jawatankuasa ini
juga telah meneliti maklumbalas dan cadangan pihak-pihak yang berkaitan berhubung
penetapan kriteria nutrien Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi
Kandungan Lemak, Garam dan Gula melalui beberapa siri mesyuarat yang sepanjang
Mac hingga Mei 2019.
Pada 4 hingga 6 September 2019, satu Mesyuarat Pembentukan Garis Panduan/
Resolusi Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak,
Garam dan Gula telah diadakan di Port Dickson. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai
agensi dan kementerian. Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu Resolusi Larangan
Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam dan Gula
telah dibentuk dan diserah secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 11 November 2019 untuk tujuan
pelaksanaan.
PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN TRIM & FIT
Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit anjuran Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu (1) program intervensi yang telah
diadakan sejak tahun 2012 kepada penjawat awam berlebihan berat badan serta obes.
Tahun 2019 merupakan siri ketujuh program ini diadakan dan seramai enam puluh
lapan (68) orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di Putrajaya seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perdana
Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan telah menyertai program ini. Program ini telah berlangsung
selama enam (6) bulan dari bulan Mac hingga September 2019 melibatkan pelbagai
aktiviti seperti Seminar Trim & Fit, sesi runding cara pemakanan, senaman mingguan,
Kembara Pemakanan Sihat di Pasaraya, pendakian Bukit Batu Putih, aquarobik,
demonstrasi masakan, Walk & Hunt Trim & Fit dan Trim & Fit Fun Walk.
Rajah 10 menunjukkan, sepanjang enam (6) bulan intervensi dijalankan, 62 peserta
(91.2 peratus) telah berjaya menurunkan berat badan dengan penurunan berat badan
tertinggi sebanyak 20.2 peratus iaitu 13.7kg daripada berat badan asal dan mencapai
Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang normal. Pada pra-program, 29 orang (42.6 peratus)
obes 39 orang (57.4 peratus) adalah berlebihan berat badan. Selepas enam (6) bulan
intervensi (pasca program), bilangan peserta obes telah menurun kepada 21 orang
(30.9 peratus) manakala berlebihan berat badan adalah 41 orang (60.3 peratus).
Terdapat enam (6) orang peserta (8.8 peratus) berjaya mencapai berat badan normal.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 107