Page 115 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 115
PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH
Sejak 2017, aktiviti pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah
telah menggunakan kriteria pemantauan baharu iaitu pemantauan terhadap
senarai makanan dan minuman yang boleh dijual dan dilarang untuk dijual. Pegawai
Pemakanan, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran memberi bimbingan secara berterusan kepada pengusaha kantin
semasa aktiviti pemantauan dijalankan. Pada tahun 2019, liputan aktiviti pemantauan
penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah adalah sebanyak 4,957 buah (59.8
peratus) sekolah daripada jumlah keseluruhan 8,288 buah sekolah. Sekolah-sekolah
ini telah dilawati pada tahun 2017 dan 2018 dan lawatan pada tahun 2019 merupakan
lawatan susulan dengan tujuan bimbingan secara berterusan. Pada tahun lalu, Labuan
mencapai liputan pemantauan tertinggi iaitu 100 peratus (26 buah sekolah) manakala
liputan terendah adalah Perlis iaitu 15.0 peratus (16 buah sekolah).
Rajah 4.16
Liputan Sekolah Yang Dipantau Terhadap Penjualan Makanan Dan Minuman Di
Kantin Sekolah Bagi Tahun 2019
Sumber: Reten KSS5 pind.1, 2017 Jabatan Kesihatan Negeri, 2019
LATIHAN KATERING SIHAT
Latihan Katering Sihat disasarkan kepada pengusaha dan pengendali makanan dan
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai makan secara sihat
dan amalan penyediaan makanan yang bersih, sihat dan selamat. Pada tahun 2019,
kesemua 118 daerah/ kawasan/ bahagian telah menjalankan sekurang-kurangnya
dua Latihan Katering Sihat di peringkat masing-masing. Di peringkat Ibu Pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), dua latihan juga telah diadakan yang
melibatkan pengusaha dan pengendali makanan di premis kementerian di sekitar
Putrajaya.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 105