Page 116 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 116
PENGIKTIRAFAN KAFETERIA SIHAT
Kafeteria Sihat merupakan antara inisiatif KKM dalam menyediakan persekitaran yang
menyokong amalan pemakanan sihat, berkhasiat, bersih dan selamat. Inisiatif ini
wajib dilaksanakan di semua kafeteria di bawah fasiliti KKM dan turut diperluaskan ke
kementerian-kementerian lain dan juga swasta. Sehingga kini, sebanyak 246 premis
makanan telah diberikan pengiktirafan sebagai Kafeteria Sihat. Pada tahun 2019,
sebanyak 80 kafeteria telah diberi pengiktirafan sebagai Kafeteria Sihat. Antaranya
ialah tiga buah kafeteria di Universiti Malaysia Pahang (kampus utama), Universiti
Malaysia Pahang (Kampus Gambang) dan AIMST University, Bedong, Kedah dan dua
kafeteria di kementerian lain iaitu di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.
CAWANGAN KOMUNITI & INTER AGENSI
INISIATIF LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT MALAYSIA
Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) Malaysia telah dimulakan
pada 20 April 2017. Inisiatif ini adalah selari dengan dengan strategi-strategi di
bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (National Plan of Action
for Nutrition of Malaysia, NPANM) III 2016 – 2025 yang menggalakkan pemakanan
sihat dan gaya hidup aktif. Produk makanan dan minuman yang diberi pengesahan
penggunaan Logo HCL merupakan produk yang lebih sihat berbanding dengan produk
lain dalam kategori yang sama dan memenuhi kriteria nutrien yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif HCL Malaysia ialah untuk membantu
pengguna membuat pilihan yang bijak dengan hanya merujuk kepada label hadapan
bungkusan produk seterusnya mengenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori
yang sama. Selain itu, HCL turut menggalakkan pihak industri makanan dan minuman
menjalankan reformulasi dan menyediakan produk yang lebih sihat di pasaran.
Jawatankuasa Pakar HCL telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk menyemak
semula kriteria nutrien HCL semenjak tahun 2018. Bermula 1 April 2019, permohonan
pengesahan penggunaan Logo HCL adalah berpandukan kriteria nutrien HCL yang
baru. Sebanyak dua ratus sebelas (211) produk makanan dan minuman telah diberi
pengesahan penggunaan Logo HCL sehingga 31 Disember 2019. Pelaksanaan dan
pemantapan inisiatif HCL Malaysia memerlukan sokongan dan usaha berterusan
daripada semua pihak. Promosi dan advokasi HCL turut dijalankan dari semasa ke
semasa bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pengguna terhadap HCL
Malaysia.
POLISI LARANGAN MENGIKLAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG TINGGI
KANDUNGAN LEMAK, GARAM DAN GULA
Polisi Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak,
Garam dan Gula yang Boleh Menarik Perhatian Kanak-Kanak merupakan salah satu
polisi di bawah Jawatankuasa Kabinet Bagi Persekitaran Hidup Yang Sihat (JPKHS).
Polisi ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Februari 2017 dan 1
November 2018. Malaysia Nutrient Profile List For Food Marketing telah dibentuk oleh
LAPORAN TAHUNAN
106 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019