Page 114 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 114

PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN  ANEMIA DALAM KALANGAN IBU HAMIL

            Anemia akibat kekurangan zat besi mudah terjadi dalam kalangan ibu hamil.  Ia berlaku
            kerana peningkatan keperluan  zat besi dan lain-lain nutrien untuk perkembangan
            janin dan perubahan fisiologi ibu sepanjang fasa kehamilan. Pada tahun 2019, peratus
            ibu hamil anemia (paras hemoglobin kurang dari 11gm peratus) yang hadir ke klinik
            kesihatan telah menurun daripada 20.8 peratus pada tahun 2010 kepada 6.4 peratus
            pada tahun (2019). Ini menunjukkan penurunan yang berterusan dari tahun ke tahun.

                                                Rajah 4.15
              Peratusan Ibu Hamil Anemia (Hb < 11gm %) Pada 36 Minggu Kehamilan Hadir Ke
                          Klinik Kesihatan Kerajaan, 2010 hingga September 2019



















            Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (2019)

            AKTIVITI PEMAKANAN YANG MELIBATKAN IBU BAPA DI TABIKA DAN PRASEKOLAH

            Tujuan  aktiviti  ini  adalah  untuk  memperkasa  ibu  bapa  dengan  pemakanan  sihat.
            Pelaporan aktiviti ini bermula pada 2018 dan diteruskan pada 2019 di prasekolah
            Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),  tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat
            (KEMAS) dan tabika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN).
            Sehingga Jun 2019, sebanyak 62.9 peratus (9,939 institusi prasekolah kerajaan) telah
            menjalankan  pelbagai  aktiviti  pemakanan  bersama  ibu  bapa  seperti  Projek  Pintar
            Botani/ kebun dapur, demonstrasi masakan, menyediakan bekal makanan sihat dan
            mewujudkan sudut informasi pemakanan.

            PROGRAM HIDANGAN BERKHASIAT DI SEKOLAH (HiTS)


            Program HiTS merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang terdiri daripada
            kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ianya disertai secara
            sukarela oleh murid sekolah rendah. Pada tahun 2019, sebanyak 61 buah sekolah
            di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan,
            Melaka, Johor, Terengganu dan Sarawak telah menjalankan program ini. Promosi HiTS
            telah  dihebahkan  melalui  media sosial  manakala  advokasi  HiTS  kepada  Gabungan
            Majlis Guru Besar Malaysia telah dijalankan pada Julai 2019.







        LAPORAN TAHUNAN
    104  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119