Page 109 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 109
SEMAKAN SEPARA PELAN TINDAKAN PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA
(NPANM) III, 2016-2025
Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (National Plan of Action for
Nutrition of Malaysia, NPANM) III, 2016-2025 akan memasuki tempoh separa penggal
kedua. Setelah empat tahun pelaksanaan NPANM III, status pelaksanaan aktiviti yang
dirangka, jurang serta cabaran yang telah dikenal pasti akan dinilai dan ditambah
baik untuk pelaksanaan tempoh separa penggal kedua (2021-2025). Pada 22 hingga
24 Oktober 2019 yang lalu, Mesyuarat Semakan Peringkat Dalaman Separa Penggal
NPANM III, 2016-2025 telah diadakan sebagai persediaan dalam menetapkan prioriti
serta merancang hala tuju strategik program dan inisiatif pemakanan bagi tempoh
separa penggal kedua. Proses semakan pelan ini dijangka akan tamat pada November
2020.
SEMAKAN PARAS GARIS KEMISKINAN (PGK)
Pada tahun 2019, pihak Bahagian Pemakanan di bawah Kumpulan Kerja Sekuriti
Makanan dan Pemakanan telah dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk
mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Semakan PGK bagi komponen ‘makanan’.
Semakan PGK ini turut melibatkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi komponen
‘bukan makanan’. Semakan ini dijalankan selari dengan usaha kerajaan memperbaiki
Paras Garis Kemiskinan semasa bagi memastikan golongan miskin menerima bantuan-
bantuan sosial yang sepatutnya.
SURVELAN PEMAKANAN KEBANGSAAN
Sistem Survelan Pemakanan Kebangsaan telah dilaksanakan sejak tahun 1989. Sistem
ini memainkan peranan yang penting di mana indikator-indikator pemakanan yang
dipantau daripada sistem tersebut bukan sahaja dapat digunakan untuk membuat
keputusan yang strategik dalam perancangan tetapi juga dalam penilaian dan
penambahbaikan program pemakanan. Pengumpulan data pemakanan melibatkan
pelbagai sumber termasuklah data pentadbiran di peringkat klinik, survei berkaitan
pemakanan di peringkat populasi serta data dari jabatan atau agensi kerajaan yang
berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pada tahun 2019, sistem e-Reporting HMIS Perkhidmatan Kesihatan Keluarga telah
dinaik taraf kepada versi 2.0 di bawah Projek Malaysia Health Data Warehouse
(MyHDW). Pelaksanaan menyeluruh sistem ini di semua klinik kesihatan kerajaan
adalah mulai tahun 2020. Sistem ini membolehkan parameter atau indikator taraf
pemakanan melibatkan semua peringkat umur diperolehi secara real time monitoring.
Ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan liputan survelan pemakanan dalam
kalangan populasi rakyat Malaysia.
Maklumat diperolehi daripada survelan Pemakanan tersebut digunakan bagi
memantau pencapaian indikator-indikator impak di peringkat kebangsaan seperti
Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM 2016-2025) dan di peringkat
antarabangsa seperti Global Nutrition Target 2025, Sustainable Development Goal
dan Universal Health Coverage serta Maternal Infant and Young Child Health (MIYCN).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 99