Page 110 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 110
CAWANGAN PEMAKANAN KELUARGA
STATUS PEMAKANAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DI MALAYSIA
Pada tahun 2019, peratusan kanak-kanak kurang berat badan teruk, dan kurang berat
badan sederhana masih kekal sama dengan tahun 2018, tanpa ada penurunan atau
peningkatan. Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa terdapat penurunan 0.1
peratus bagi status pemakanan kanak-kanak dengan lebih berat badan dari tahun
2015 hingga tahun 2019 (Rajah 4.9). Manakala peratusan kanak-kanak bawah lima
(5) tahun dengan berat badan normal juga masih kekal sama pada tahun 2018 dan
2019 iaitu 97.6 peratus.
Rajah 4.9
Status Pemakanan Kanak-kanak Bawah 5 tahun di Malaysia Bagi Kurang Berat
Badan Teruk, Sederhana dan Berlebihan Berat Badan , 2015 hingga 2019
Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM
PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL
Pada tahun 2019, peratus bayi disusukan dengan susu ibu sahaja atau secara eksklusif
dari lahir hingga berusia enam (6) bulan meningkat dari 66.0 peratus pada tahun 2018
kepada 68.0 peratus (Rajah 4.10). Manakala peratus Amalan Pemberian Makanan
Pelengkap tepat pada usia bayi enam (6) bulan juga meningkat 97.6 peratus pada
tahun 2018 kepada 98.2 peratus pada tahun 2019.
LAPORAN TAHUNAN
100 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019