Page 112 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 112

di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, 3 buah daripada Kementerian Pengajian
            Tinggi Malaysia, 3 buah  daripada  Kementerian Pertahanan  Malaysia  dan  22 buah
            Hospital Swasta. Pada masa yang sama, pada tahun 2019, sebanyak 33 (97 peratus)
            buah  daripada  34  buah  hospital  telah  menjalani  penilaian  semula  pengiktirafan
            dengan  menggunakan  standard  WHO/UNICEF  2009  Global  Criteria telah  berjaya
            mengekalkan status sebagai Hospital Rakan Bayi.

            INISIATIF KLINIK RAKAN BAYI (KRB)

            Inisiatif  Klinik  Bayi  Bayi  merupakan  inisiatif  yang  menyokong  pelaksanaan  Inisiatif
            Hospital Rakan Bayi di hospital. Objektif pelaksanaan inisiatif ini adalah menyediakan
            perkhidmatan dan persekitaran klinik kesihatan yang menyokong amalan penyusuan.
            Salah  satu  sebab  utama pelaksanaan  ini  adalah  kerana  lebih  daripada  90 peratus
            perkhidmatan antenatal dan postnatal dijalankan di klinik kesihatan ibu dan anak.
            Pada  tahun  2019,  sebanyak 839 (85.5 peratus)  daripada  981 klinik  kesihatan dan
            klinik kesihatan ibu dan anak telah mendapat pengiktirafan Klinik Rakan Bayi.

            PROGRAM PEMULIHAN KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN

            Program Pemulihan  Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan  (PPKZM) adalah  usaha
            kerajaan untuk meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak kekurangan zat makanan
            yang berusia 6 bulan hingga 6 tahun yang mengalami masalah kurang berat badan
            dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan diperluaskan kepada keluarga
            miskin.  Seramai 9,326  kanak-kanak kekurangan zat makanan  daripada  keluarga
            dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 setiap bulan menerima bantuan
            bakul  makanan  pada  tahun 2019. Pada tahun  2019,  64.7 peratus  telah  berjaya
            meningkatkan berat badan dalam tempoh penilaian yang dijalankan.

                                                Rajah 4.12
                Peratus Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan yang Meningkat Berat Badan
























            Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM






        LAPORAN TAHUNAN
    102  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117