Page 107 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 107

PERKHIDMATAN KESIHATAN KLINIK BERGERAK

               Perkhidmatan Klinik Bergerak disediakan untuk meningkatkan akses kepada kesihatan
               bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman. Pada 2019, terdapat 246 pasukan klinik
               bergerak yang menyediakan perkhidmatan melalui darat (4WD & bas), air (bot) dan
               udara (helikopter).  Perkhidmatan ini telah ditambah baik dengan perolehan 4WD
               bagi negeri Perak (dua unit), Selangor (dua unit), Negeri Sembilan (dua unit) dan
               Pahang (dua unit) dibawah peruntukan RP4 RMK-11 sebanyak RM1.6 Juta. Pencapaian
               bagi tahun 2019 adalah seramai 485,183 orang telah mendapat manafaat daripada
               perkhidmatan ini. Sebanyak 323 kes baharu diabetes dan 863 kes baharu hipertensi
               telah didaftar.

               KEDATANGAN PESAKIT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER


                                                    Rajah 4.8
                 Jumlah Kedatangan Klinik Kesihatan, Klinik Ibu dan Anak, Klinik Desa dan Klinik
                                    Komuniti bagi tahun 2016 sehingga 2019



























               Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
               Rajah  di  atas  menunjukkan  beban  kedatangan  pesakit  di  empat  (4)  jenis  fasiliti
               kesihatan primer iaitu Klinik Kesihatan (KK), Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Klinik
               Desa (KD) serta Klinik Komuniti (KKom) bagi tempoh emapt (4) tahun daripada 2016
               sehingga 2019. Secara keseluruhannya,  terdapat peningkatan jumlah  kedatangan
               pesakit di fasiliti kesihatan primer daripada 69,533,384 kedatangan pada tahun 2016
               kepada 75,992,248 pada tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak 8.5 peratus.










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  97
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112