Page 100 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 100

Fasa pertama pelaksanaan ujian HPV bermula pada Ogos 2019 di Wilayah Persekutuan
            Putrajaya dan  Kuala  Lumpur, Kedah  dan  Kelantan.  Dari  Ogos  sehingga  Disember
            2019, seramai 22,073 wanita telah menjalani pemeriksaan HPV  dimana 98.9 peratus
            menggunakan kaedah pensampelan  sendiri  dan  bakinya oleh  anggota kesihatan.
            Daripada jumlah ini, 96 peratus adalah HPV negatif, 1.3 peratus  (192) didapati positif
            HPV 16/18 manakala 3.0 peratus (448) adalah positif HPV risiko tinggi yang bukan
            16/18.  Kesemua  kes  positif  HPV  telah  dirujuk  kepada  pakar  gine-onkologi  untuk
            rawatan lanjut.

            Liputan Pap smear menunjukkan tren meningkat daripada 23.5 peratus (2014) kepada
            26.3 peratus  (2017) kemudian  menurun  kepada  23 peratus  (2018) dan  kembali
            meningkat kepada 24.5 peratus (2019). Kadar pengesanan kes positif kanser serviks
            menunjukkan peningkatan daripada 1.14 peratus (2018) kepada 1.20 peratus.


            PERKHIDMATAN KESIHATAN LELAKI
            Pada 30 Oktober 2019 Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan
            2018-2023  telah  dirasmikan  oleh  YB Dr.  Lee Boon  Chye selaku  Timbalan  Menteri
            Kesihatan dan dihadiri  oleh 600 peserta meliputi pegawai dan anggota pelaksana
            dari  Kementerian Kesihatan  dan  agensi  luar  iaitu  Kementerian Belia  dan  Sukan
            serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pelan Tindakan
            Kesihatan Lelaki Kebangsaan menyediakan kerangka kerja  dalam  mempromosikan
            kesetaraan gender serta meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan lelaki.

            PERKHIDMATAN KESIHATAN ORANG KURANG UPAYA

            PERLAKSANAAN SKOP PENJAGAAN PERUBATAN PALIATIF DI KESIHATAN PRIMER


            Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) di 160 klinik kesihatan mula dilaksanakan
            pada  tahun  2014  merangkumi  perkhidmatan  perawatan  dan  rehabilitasi  kepada
            pesakit terlantar di rumah. Bermula tahun 2016, skop PPD telah diperluaskan kepada
            skop penjagaan perubatan paliatif dan dirintiskan di klinik kesihatan PPD terpilih di
            negeri Selangor. Sehingga kini, sebanyak 39 buah klinik kesihatan di negeri Selangor,
            Kedah, Perak dan Pulau Pinang, telah memulakan skop penjagaan perubatan paliatif.
            Berbeza daripada skop perawatan dan rehabilitasi, skop penjagaan perubatan paliatif
            menekankan peningkatan kualiti hidup pesakit kanser dan pesakit kronik. Pada tahun
            2019, KKM telah melancarkan Dasar dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan
            (National Palliative Care Policy and Strategic Plan) di mana elemen penjagaan paliatif
            menjadi salah satu elemen penting dalam komuniti.


















        LAPORAN TAHUNAN
    90  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105