Page 98 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 98

Jadual 4.9
                        Liputan Imunisasi Kebangsaan, Malaysia, 2010 hingga 2019


                                                                                          2019
            Tahun    2010    2011    2012    2013    2014 2015 2016 2017          2018
                                                                                           (p)
            BCG         99    98.7    98.7    98.5   98.6    98.5   98.3   98.5    98.4    98.5

            DPT-
            IPV//     94.3    99.5    99.7    96.9   96.7    99.0   97.9   98.9   100.2 96.85
            HiB
            Dos 3
            Hep B     82.6    97.1    98.1    96.3   96.3    99.2   97.9   98.2   100.2 95.88
            Dos 3

            MMR
            Dos 1     96.1    95.2    95.4    95.2   92.0    93.1   94.3   93.5    96.6 95.55
            Nota:
            Denominator – *Anggaran Kelahiran Hidup
              **Anggaran Kanak-kanak berumur 1-<2 tahun
            Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM

            PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


            Program Kesihatan  Sekolah  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1967 dengan  matlamat
            memastikan  kesihatan  murid  berada  pada  tahap  optima.  Perkhidmatan  Kesihatan
            Sekolah diberikan secara berkala kepada murid sekolah bermula daripada prasekolah
            sehingga  murid  Tingkatan  Empat  (4).  Perkhidmatan  yang  ditawarkan  merangkumi
            pendidikan  kesihatan, saringan  dan  pemeriksaan  kesihatan, pemberian imunisasi
            serta rawatan dan rujukan awal. Liputan perkhidmatan bagi murid Tahun Satu, Tahun
            Enam  dan Tingkatan Tiga adalah melebihi 98 peratus sejak lima (5) tahun lepas.
            Perkhidmatan imunisasi kesihatan sekolah iaitu MR dan DT bagi murid Tahun Satu
            (1), HPV bagi murid perempuan Tingkatan Satu  dan ATT bagi murid Tingkatan Tiga
            adalah melebihi 95 peratus pada tahun 2019.


            Pada tahun  2019,  seramai 317,848  (83.6 peratus) murid Tingkatan Empat  telah
            ditawarkan untuk menjalani ujian saringan Thalassaemia. Daripada jumlah tersebut,
            288,597 (90.8 peratus) murid telah mendapat kebenaran ibu bapa untuk menjalani
            ujian.  Seramai 277,496  (96.2 peratus) orang murid  yang mempunyai kebenaran
            bertulis telah menjalani ujian saringan. Keputusan ujian saringan dengan Full Blood
            Count mendapati murid yang disyaki Pembawa Thalassaemia adalah sebanyak 69,028
            orang (24.9 peratus). Manakala murid yang disyaki anemia akibat kekurangan zat besi
            adalah sebanyak 33,474 orang (12.1 peratus).












        LAPORAN TAHUNAN
    88  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103