Page 78 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 78
Bilangan premis yang diperiksa menunjukkan peningkatan pada tahun 2019 dengan
bilangan premis yang positif pembiakan juga menunjukkan peningkatan.
Peningkatan pendaftaran kes di mahkamah adalah selaras dengan ketentuan polisi
Kesihatan Awam agar kesalahan berulang di tapak binaan khususnya tidak lagi
ditawarkan kompaun dan sebaliknya didakwa di mahkamah. Jumlah kes didaftar di
mahkamah paling tinggi pada tahun 2019 adalah sebanyak 2,665 kes. Jumlah denda
bagi kes yang telah selesai di mahkamah pada tahun 2019 berjumlah RM 1,037,231.
Disamping merancang aktiviti penguatkuasaan APSPP 1975, beberapa siri audit
di lapangan dijalankan agar anggota menjalankan aktiviti berpandukan Prosedur
Operasi Piawai (SOP) dan beberapa siri kursus berkaitan aktiviti penguatkuasaan
dengan penyelia dan penguatkuasa turut diadakan.
PENGUATKUASAAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT
1988 (APPPB 1988)
Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Berjangkit 1988 (Akta 342) menunjukkan penurunan dalam aktiviti pemeriksaan dan
penutupan premis yang dijalankan pada tahun 2019. Bilangan premis yang dikeluarkan
perintah penutupan ialah sebanyak 731 buah premis pada tahun 2019 berbanding
1,201 premis pada tahun 2018. Notis penutupan yang dikeluarkan kepada pemilik
premis adalah bertujuan untuk mendapatkan komitmen mereka dalam aktiviti-
aktiviti pencegahan dan kawalan. Di peringkat ini, langkah-langkah menghentikan
atau memutuskan rantaian penyebaran penyakit berjangkit adalah sangat penting.
Bilangan pemeriksaan premis menunjukkan penurunan iaitu 2,619 pada tahun 2019
berbanding sebanyak 5,573 premis diperiksa pada tahun 2018 seperti dalam Jadual
4.5.
Jadual 4.5
Penguatkuasaan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Bil. premis Bil. premis
diperiksa di ditutup di Bil. Kompaun Jumlah amaun
Tahun kompaun yang
bawah Seksyen bawah Seksyen Dikeluarkan
18(1) 18(1) dibayar
2015 8,695 263 4 RM1,400
2016 7,672 555 23 RM7,450
2017 1,919 461 26 RM9,600
2018 5,573 1,201 35 RM19,950
2019 2,619 731 34 RM15,100
Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
LAPORAN TAHUNAN
68 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019