Page 76 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 76
Jadual 4.3
Pengeluaran Kad Kuasa dari Tahun 2016 hingga 2019
Jenis Kad Kuasa 2016 2017 2018 2019
Pelantikan Pegawai Penguatkuasa Akta
Makanan 434 385 348 547
Penurunan Kuasa mengkompaun Akta 608 398 269 391
Makanan
Kad Pengenalan Penguatkuasa 366 355 268 324
Kuasa Penutupan Premis Makanan 231 110 111 114
Kuasa Mengkompaun Akta Pencegahan Dan 36 67 47 46
Pengawalan Penyakit Berjangkit
Pelantikan Pegawai Penguatkuasa Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1,911 528 293 327
Berjangkit
Jumlah 3,586 1,843 1,336 1,749
Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
PENGELUARAN LESEN PEWASAPAN
Pengeluaran lesen pewasapan adalah selaras dengan keperluan Akta Hidrogen Sianid
(Pewasapan) 1953 yang mana operator pewasapan memerlukan lesen sebelum
menjalankan kerja-kerja pewasapan. Dalam menguatkuasakan Akta Hidrogen Sianid,
operator pewasapan wajib menduduki peperiksaan pewasapan dan lesen hanya
dikeluarkan apabila operator lulus peperiksaan yang diselaraskan oleh KKM. Aktiviti-
aktiviti berkaitan pewasapan adalah seperti berikut:
i. Peperiksaan Pewasapan Tahun 2019
Satu peperiksaan pewasapan telah diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan, Bangi, Selangor.
ii. Kursus Kompetensi Pewasapan Bagi Pegawai Kesihatan Persekitaran/
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP/PPKP)
Kursus Kompetensi Pewasapan Bagi PKP/PPKP telah diadakan pada 2 hingga 4
Julai 2019 bertempat di Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands, Pahang. Kursus
ini adalah bertujuan untuk menilai kecekapan mereka untuk menjalankan
pemantauan atau audit di lapangan kelak. Sektor Inspektorat dan Perundangan
(SIP) telah menetapkan calon yang menghadiri kursus ini adalah dalam kalangan
PKP/PPKP yang bertugas di kawasan pelabuhan atau pintu masuk kerana
kebanyakan kerja-kerja pewasapan dilakukan di kawasan tersebut. Bilangan
calon yang hadir kursus terbabit adalah seramai 19 orang.
LAPORAN TAHUNAN
66 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019