Page 70 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 70

PENGENALAN


            Program Kesihatan Awam (KA) bertanggungjawab membantu individu dan komuniti
            untuk  mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan cara menyediakan penjagaan
            kesihatan asasi. Bagi mencapai misi ini, Program KA menyediakan perkhidmatan yang
            terdiri  daripada  kawalan  dan  pencegahan  penyakit,  penyembuhan  dan  penjagaan
            rehabilitasi melalui integrasi di semua peringkat perkhidmatan rehabilitasi melalui
            integrasi di semua peringkat perkhidmatan kesihatan dan mempromosi tingkah laku
            kesihatan supaya ianya menjadi suatu amalan dalam kalangan masyarakat.


            BAHAGIAN PERKEMBANGAN KESIHATAN AWAM


            CAWANGAN DASAR DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN AWAM


            Salah satu daripada aktiviti teras Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam adalah
            memberi panduan keperluan dasar berkenaan pembentukan polisi di Perkhidmatan
            Kesihatan Awam. Platform semasa yang digunakan bagi pembangunan, pemantauan
            dan evaluasi dasar/polisi Kesihatan Awam adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa
            EXCO  dan  Dasar  Program  Kesihatan  Awam  yang  dipengerusikan  Timbalan  Ketua
            Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Selain itu, pembentukan polisi Kesihatan Awam
            ada kalanya diputuskan secara “top down” oleh pemegang taruh daripada kalangan
            pengurusan atasan jabatan mahupun daripada “political masters” atas kepentingan
            nasional khususnya yang memberikan impak langsung kepada masyarakat.

            Pada tahun 2019 sesi Townhall bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah
            diadakan pada 12 November 2019 yang telah dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah
            Kesihatan  Negeri  (Kesihatan  Awam)  dan    Pegawai  Kesihatan  Daerah.  Mesyuarat
            Teknikal Program Kesihatan Awam dan Seminar Pegawai Kesihatan juga dijalankan
            sehari sebelum dan selepas sesi Townhall tersebut. Objektif mesyuarat ini adalah bagi
            mengenal  pasti  pelaksanaan  dasar  dan  perkhidmatan  Kesihatan  Awam  dijalankan
            dengan berkesan dan membincangkan isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan dasar
            Kesihatan Awam. Ini bertujuan untuk memberitahu hala tuju program dan perkongsian
            bersama best practise antara negeri dan daerah dalam memberikan perkhidmatan
            kesihatan.  Pelbagai  isu  dan  masalah  di  peringkat negeri dan  daerah  dibangkitkan
            untuk dibincangkan melalui sesi dialog yang merupakan agenda tetap bersama Ketua
            Program Kesihatan Awam bagi mendapatkan keputusan dan jalan penyelesaian.

            Sektor Program Khas berfungsi  untuk memantau pelaksanaan  dan  penyampaian
            perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di samping menggubal polisi
            dan mengenal pasti langkah penambahbaikan bagi memperkukuhkan penyampaian
            perkhidmatan kesihatan masyarakat Orang Asli agar lebih komprehensif, efektif dan
            holistik.


            Kemudahcapaian  perkhidmatan  kesihatan  bagi  masyarakat  Orang  Asli  di  kawasan
            bandar, pinggiran dan pedalaman terus dilaksanakan bagi tahun 2019 selaras dengan
            Teras  Strategik  Tonggak  II  di  bawah  Rancangan  Malaysia  Ke-11  :  Meningkatkan



        LAPORAN TAHUNAN
    60  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75