Page 74 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 74

MESYUARAT KESIHATAN AWAM  ANTARABANGSA 22  BRUNEI  DARUSSALAM-
                                                                   ND
            INDONESIA-MALAYSIA-SINGAPORE-THAILAND (BIMST)
            Mesyuarat ini telah berlangsung dari 30 hingga 31 Julai 2019 di Brunei Darussalam.
            Delegasi  dari  Malaysia  diwakili  oleh  Timbalan  Pengarah  Kesihatan  Awam  Sarawak
            dan  seorang  pegawai  kanan  dari  seksyen  Global  Health,  Bahagian  Perkembangan
            Kesihatan.  Pembentangan dari Malaysia yang telah disampaikan bertajuk  “Rabies
            Outbreak in  Sarawak”  di  mana  inisiatif-inisiatif  yang  telah  diambil  oleh  Malaysia
            untuk mengatasi wabak tersebut di 2017 telah dibentangkan.

            70  REGIONAL COMMITTEE MEETING  WESTERN PACIFIC REGIONAL OFFICE WHO
               TH
            Mesyuarat ini telah berlangsung dari 7 hingga 11 Oktober 2019 di Manila,Philipines.
            Mesyuarat ini dihadiri oleh 34 negara ahli dan delegasi Malaysia telah diketuai oleh
            YBMK dan Datuk KPK bersama dua (2) orang pegawai kanan dari BPKA (Dr. Juliana
            Paul)  dan  BPKK  (Dr.  Rokiah  Ahmad).  Fokus  utama Malaysia  adalah  pada  agenda:
            (i)  Ageing  &  Health;  (ii)  Tobacco  control;  (iii)  Anti  Microbial  Resistance;  and  (iv)
            Protecting Children from Harmful Impact of Food . The progress reports on technical
            programmes covered the following: (i) Health security; (ii) NCD & Mental Health; (iii)
            Climate change, environment and health; (iv) Action Plan on Healthy Newborn infants;
            (v) Measles and Rubella Elimination; (vi) Implementation of Ending TB Strategy and
            HIV, Viral Hepatitis and Sexually Transmitted Infections.

            14  ASEAN SENIOR  OFFICIALS  MEETING  ON HEALTH DEVELOPMENT (SOMHD)
               TH
            MEETING, SIAM REAP, CAMBODIA (2 HINGGA 5 APRIL 2019)
            Delegasi Malaysia diketuai oleh TKPK (KA), Dato’ Dr Chong Chee Keong. Mesyuarat
            ini  membincangkan  program kerja bagi  Kluster  1, 2, 3 dan  4.  Pembentangan  dari
            Malaysia yang disampaikan di mesyuarat ini bertajuk “updates on the enhancement
            of the ASEAN Risk Assessment Centre on Food and ASEAN Food Safety Regulatory
            Framework”.

            4  ASEAN HEALTH CLUSTER 3: STRENGTHENING HEALTH SYSTEMS & ACCESS TO
               TH
            CARE
            Mesyuarat ini telah berlangsung dari 10 hingga 11 Julai 2019 di Singapura. Delegasi
            Malaysia diketuai oleh Dr. Juliana Sharmini Paul (BPKA) dan juga dihadiri oleh pegawai
            kanan Farmasi, Dr Azuana Ramli. Pembentangan yang disampaikan adalah bertajuk
            “Updates on the development on the ASEAN Recommendations in Quality in Primary
            Care”.

            HEALTH POLICY & SYSTEMS RESEARCH (HPSR) WORKSHOP
            Cawangan Global Health telah menganjurkan bengkel ini bersama Institut Penyelidikan
            Sistem Kesihatan (IPSK) di Setia Alam. Seramai 50 peserta telah menghadiri bengkel
            ini  dan  mereka  terdiri  daripada  warga  KKM,  kumpulan  penyelidik  dan  akademik
            dari agensi swasta dan kerajaan. Bengkel ini telah memberikan kesedaran tentang
            bidang  ‘Health  Policy  &  Systems  Research’ dan  telah  memperkasakan  kefahaman
            peserta serta hubungan di antara pembangunan polisi dan implementasi proses bagi
            mencapai objektif kesihatan.



        LAPORAN TAHUNAN
    64  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79