Page 72 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 72
CAWANGAN PEMBANGUNAN PROFESYEN KESIHATAN AWAM
Cawangan Pembangunan Profesyen Kesihatan Awam berperanan dalam pembangunan
dan perkembangan profesyen untuk Program Kesihatan Awam. Cawangan ini perlu
memastikan setiap penjawat awam di Program Kesihatan Awam mencapai kompetensi
standard yang telah ditetapkan di dalam penyampaian perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat. Cawangan ini melaksanakan aktiviti seperti berikut:
a) Pembangunan Perkhidmatan Kepakaran Perubatan Kesihatan Awam
b) Perkembangan Profesyen Dalam Program Kesihatan Awam
d) Modal Insan dan Continuous Professional Development (CPD)
e) Pemantauan Penggunaan Fasiliti Latihan Kesihatan Awam
Bagi pemantapan latihan sumber manusia, sebanyak 6,940 kursus telah dijalankan
pada tahun 2019 di seluruh negara dengan perbelanjaan RM11,678,818.28 berbanding
4,101 kursus dengan perbelanjaan RM5,016,700.00 pada tahun 2018. Pada tahun
2019 juga terdapat tiga (3) orang anggota telah dihantar untuk mengikuti latihan
jangka pendek luar negara, mengikut jumlah kuota slot yang ditetapkan. Prestasi
keseluruhan Program Latihan Dalam Perkhidmatan adalah seperti di Jadual 4.2.
Cawangan ini turut bertanggungjawab bagi memantau permohonan dan penggunaan
fasiliti kesihatan di Program Kesihatan Awam yang melibatkan penggunaan fasiliti
Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Makmal Kesihatan Awam bagi tujuan
latihan lapangan. Pada tahun 2019, sebanyak 29 permohonan penggunaan fasiliti telah
diluluskan iaitu permohonan pembaharuan MoA atau permohonan penambahan
yang melibatkan tujuh (7) Program Perubatan, 14 Program Sains Kesihatan Bersekutu
dan lapan (8) Program Kejururawatan.
Jadual 4.2
Prestasi Program Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam dan Luar Negara),
Program Kesihatan Awam bagi tahun 2018 dan 2019.
PRESTASI
2018 2019
Bil. Kursus Perbelanjaan Bil. Kursus Perbelanjaan
Yang Dihadiri (RM) Yang Dihadiri (RM)
39,376.10
LUAR (93.75 66,000.00
NEGARA 2 3 (100 peratus)
peratus)
5,016,700.00 11,678,818.28
DALAM
NEGARA 4,101 (99.37 6,940 (98.80
peratus) peratus)
Sumber: Cawangan Pembangunan Profesyen, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
LAPORAN TAHUNAN
62 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019