Page 75 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 75
7 ISLAMIC CONFERENCE OF HEALTH MINISTERS (7TH ICHM)
TH
Mesyuarat ini telah berlangsung dari 15 hingga 17 Disember 2019 di Abu Dhabi, United
Arab Emirates bertemakan ‘Quality of Life’. Delegasi dari Malaysia telah diketuai oleh
YBMK dan disertai oleh Pengarah BPKA, Dr. Nik Jasmin dan pegawai kanan BPKK.
Malaysia telah menyempurnakan tugasan sebagai Lead Country Coordinator bagi
Thematic Area 4: Medicines, Vaccines & Medical Technologies bagi tahun 2018-
2019. Melalui inisiatif ini, Malaysia telah memainkan peranan yang penting melalui
rundingan teknikal dan panduan sejak tahun 2013 bagi tujuan perkongsian ilmu dan
pembangunan kapasiti dalam bidang “promoting access to quality, safe, efficacious
and affordable medicines”.
SEKTOR INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
Sektor Inspektorat dan Perundangan adalah bertanggungjawab terhadap aktiviti
penguatkuasaan perundangan kesihatan awam. Penguatkuasaan dalam bidang
Kesihatan Awam terdiri daripada beberapa undang-undang berasingan yang memberi
kuasa kepada pegawai yang terlibat untuk melindungi orang ramai daripada ancaman
masalah kesihatan. Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan dari semasa ke semasa
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar patuh kepada undang-
undang negara disamping berkongsi tanggungjawab dalam kawalan penyakit. Secara
tidak langsung, aktiviti penguatkuasaan ini akan menggalakkan amalan gaya hidup
sihat dalam masyarakat. Undang-undang yang berkaitan dengan Kesihatan Awam
seperti Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), Akta
Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Hidrogen Sianid 1953
(Akta 260), Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004 adalah di antara beberapa undang-undang yang dikuatkuasakan
pada masa ini.
PENGELUARAN KAD KUASA (AUTORITI)
Semua pegawai penguatkuasa dibekalkan dengan kad kuasa semasa menjalankan
tugas penguatkuasaan. Akta Makanan memperuntukkan pegawai penguatkuasa
dilantik oleh Menteri Kesihatan sedangkan di dalam lain-lain undang-undang, jawatan
pegawai penguatkuasa diperuntukkan dalam undang-undang dengan takrif inspektor
dan inspektor kesihatan serta pegawai yang diwakilkan kuasa. Berikut adalah prestasi
pemprosesan kad kuasa bagi pegawai diberikuasa seperti di Jadual 4.3.
Permohonan pelantikan pegawai penguatkuasa dan kad pengenalan penguatkuasa
dipengaruhi oleh jumlah lantikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari
institusi latihan ke skim perkhidmatan awam termasuk di Pihak Berkuasa Tempatan.
Keperluan untuk pemeriksaan dan penutupan premis makanan semakin bertambah
kebelakangan ini dan kuasa ini bukan hanya diberi kepada anggota penguatkuasaan
di dalam Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sahaja malah Pegawai Kesihatan
Daerah serta PPKP dari Program Kesihatan Awam juga terlibat secara aktif.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 65