Page 291 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 291

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

               Pada tahun 2019, daripada sejumlah 125,423 premis makanan yang telah diperiksa,
               2,484 (1.98 peratus) premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11,
               Akta Makanan 1983 manakala sebanyak 29,286 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B
               Akta Makanan 1983 bagi kesalahan di bawah PPKM 2009 telah dikeluarkan kepada
               pemilik premis makanan dan pengendali makanan (Rajah 9.2).

                                                    Rajah 9.2
                    Bilangan Premis yang Diperiksa dan Peratus Penutupan Premis Makanan
                                          bagi Tahun 2015 hingga 2019



























               Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

               PENSAMPELAN MAKANAN

               Pensampelan makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau
               dijual di Malaysia adalah mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan peraturan-
               peraturan di bawahnya. Pada tahun 2019, sebanyak 28,797 sampel telah diambil dan
               sebanyak 1,688 (5.9 peratus) sampel didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan
               peraturan-peraturan di bawahnya (Rajah 9.3).



















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  281
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296