Page 290 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 290
PENGENALAN
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ditubuhkan bagi memantapkan
aktiviti merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan
kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan
dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan,
pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan
makanan. Mandat untuk kawalan ini diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983
dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PEMATUHAN DOMESTIK
PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN
Di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009),
semua premis makanan wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Pada tahun 2019, sebanyak 38,127 premis makanan telah didaftarkan oleh
pemilik premis melalui aplikasi atas talian http://fosimdomestic.moh.gov.my/ (Rajah
9.1). Jumlah tersebut terdiri daripada 1,449 kilang makanan, 3,894 premis makanan
yang terlibat dalam katering makanan, 29,508 premis outlet makanan, 76 kenderaan
menjual makanan dan 3,200 lain-lain premis makanan.
Rajah 9.1
Bilangan Premis Berdaftar bagi Tahun 2015 hingga 2019
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
280 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019