Page 274 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 274
vii. Peningkatan penglibatan dan kerjasama dengan sektor swasta dan badan
bukan kerajaan agar perkhidmatan kesihatan boleh diperluaskan melalui
perkongsian sumber dan membantu menggerakkan masyarakat serta
mempromosi gaya hidup sihat.
viii. Penjagaan kesihatan dalam suasana dan persekitaran kerja yang selamat dan
kondusif yang digerakkan oleh anggota kesihatan yang terlatih, profesional dan
bekerja dalam satu pasukan di fasiliti-fasiliti yang lengkap dengan kemudahan
dan kelengkapan yang berteknologi sesuai dan sentiasa dipertingkat dan
ditambah baik.
ix. Perkhidmatan yang disediakan mengikut proses/prosedur kerja yang mematuhi
piawaian kualiti yang ditetapkan serta disokong oleh sistem teknologi dan
komunikasi maklumat agar penyampaian menjadi lebih cekap.
x. Pemantauan dan penilaian terhadap keberkesanan program dan aktiviti yang
dijalankan bagi memastikan tindakan penambahbaikan yang berterusan ke
atas perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat.
LAPORAN TAHUNAN
264 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019