Page 232 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 232

pengawasan  yang  berkesan.  Kakitangan  awam  dan  anggota  pembekal  air  akan
            dimaklumkan segera jika kualiti air minuman semakin merosot bagi membolehkan
            tindakan  pencegahan  atau  pemulihan  diambil  sebelum  sebarang  wabak  penyakit
            atau keracunan boleh berlaku.


            Ini melibatkan pengambilan sampel air daripada lebih 469 loji rawatan air  dan 556
            rangkaian  bekalan  air  seluruh  negara.  Sejumlah  195,807  sampel  air  telah  diambil
            untuk diuji yang mana ianya merangkumi parameter fizikal, mikrobiologikal, kimia,
            logam berat dan pestisid serta racun rumpai pada tahun 2019. Disamping itu, untuk
            meningkatkan keberkesanan program ini, KMAM telah melancarkan Program Jaminan
            Kualiti (QAP) pada bulan Disember 1992 dan dilaksanakan di seluruh negara pada
            bulan Januari 1993.

            PEMANTAUAN SANITASI PUSAT PELANCONGAN
            Industri pelancongan di Malaysia telah berkembang pesat dan telah menarik ramai
            pelancong untuk datang dan melawat ke tempat-tempat pelancongan yang menarik
            di seluruh negara. Dengan perkembangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
            berpandangan adalah perlu memastikan tahap kebersihan dan sanitasi di tempat-
            tempat  ini  diberi  perhatian  melalui  pemantauan  yang  rutin  untuk  isu-isu  yang
            berkaitan dengan kesihatan awam dan alam sekitar. Melalui pemantauan ini, tindakan
            sewajarnya dapat diambil untuk penambahbaikan bagi memastikan kesihatan orang
            awam yang mengunjungi tempat-tempat ini sentiasa terjaga dan disamping itu boleh
            membantu dalam meningkatkan industri pelancongan negara dan menjana kepada
            ekonomi negara.


            Pemantauan sanitasi di pusat  pelancongan ini  adalah  berdasarkan kepada empat
            (4) skop kemudahan  sanitasi yang disediakan oleh  pengusaha  pusat pelancongan
            berkenaan. Empat (4) skop tersebut adalah  kemudahan  pengurusan  sisa pepejal,
            saliran air,  pengurusan  air kumbahan  dan kebersihan  bilik  air/tandas.  Pengredan
            diberikan  kepada  kemudahan  tersebut  berdasarkan  syarat  dan  keperluan  seperti
            yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Pada tahun 2019, pemantauan telah berjaya
            dilaksanakan keatas 231 buah pusat pelancongan seluruh negara.

            NATIONAL ENVIRONMENTAL HEALTH ACTION PLAN (NEHAP)
            BPKj  telah  dilantik  sebagai  Sekretariat  NEHAP  Malaysia,  bagi  memantau  Pelan
            Tindakan  NEHAP  yang  dibangunkan  oleh  11  Kumpulan  Kerja  Tematik  (Thematic
            Working Group - TWG) NEHAP. Pelan tindakan NEHAP merangkumi strategi untuk
            menangani masalah dan isu kesihatan alam sekitar di peringkat kebangsaan. Berikut
            merupakan ringkasan aktiviti-aktiviti utama NEHAP Malaysia bagi tahun 2019 seperti
            Jadual 6.14.









        LAPORAN TAHUNAN
    222  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237