Page 234 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 234

UNIT PERLINDUNGAN KESIHATAN ALAM SEKITAR (PEKA)
            Pada tahun 2019, aktiviti unit PEKA telah memberi tumpuan kepada pembangunan
            Aplikasi Environmental Health Risk Inventory (EHRI) Modul 1 (Data Entry) dan Modul
            2 (Penilaian Risiko) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KKM. Selain itu,
            pengukuhan  aktiviti penilaian  risiko kesihatan alam sekitar dan  kerjasama dengan
            pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam pembangunan Aplikasi EHRI Modul 3
            (Pemetaan GIS) turut dibuat. Ringkasan aktiviti tahun 2019 adalah seperti di Jadual
            6.15.


                                                Jadual 6.15
                         Ringkasan Aktiviti dan Pencapaian Unit PEKA Tahun 2019


                Aktiviti Utama            Keterangan Aktiviti               Pencapaian
             Pembangunan           Empat (4) Mesyuarat/              64.5 peratus screen
             Aplikasi EHRI         Perbincangan Teknikal Bersiri     design Aplikasi EHRI
                                   (10 Januari, 28 Februari, 19      telah dibangunkan.
                                   April dan 29 Mei) untuk Modul
                                   1 (Data Entry) & 2 (Penilaian
                                   Risiko) dan Internal Test Modul
                                   1&2 (26 September) telah
                                   dilaksanakan.
                                   Tiga (3) Mesyuarat/               Pihak MYSA bersetuju
                                   Perbincangan Teknikal untuk       untuk memulakan
                                   Modul 3 (Pemetaan GIS) (5         pembangunan Modul 3
                                   April, 16 Mei dan 15 Ogos)        setelah Aplikasi Modul 1
                                   bagi penyediaan jadual            & 2 disiapkan oleh BPM,
                                   pembangunan Modul 3 dengan        KKM.
                                   MYSA.
             Taklimat kepada       Bertujuan untuk memberi           Satu (1) taklimat telah
             Ahli Pasukan Panel  pemahaman mengenai kaedah           diadakan pada 26
             Pakar Penilaian       penilaian risiko kesihatan        Februari dan Pasukan
             Risiko Kesihatan      alam sekitar. Seramai 58 orang    Panel Pakar Penilaian
             Alam Sekitar          peserta menghadiri taklimat ini.  Risiko Kesihatan Alam
             Peringkat Negeri                                        Sekitar Peringkat Negeri
                                                                     telah ditubuhkan.

             Pembangunan           Pembangunan  data inventori  Satu (1) taklimat telah
             Laporan Eksekutif     serta maklumat penilaian risiko  diadakan pada 23 hingga
             - Penilaian Risiko    kesihatan  alam  sekitar bagi  24 Julai. Penemuan
             Kesihatan Alam        Lembangan Langat.                 daripada aktiviti
             Sekitar Lembangan                                       dimaklumkan kepada
             Langat                                                  Pengurusan Atasan KKM
                                                                     untuk tindakan lanjut.




        LAPORAN TAHUNAN
    224  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239