Page 228 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 228

Jadual 6.10
                 Pengagihan Kos Pelaksanaan Untuk Kerja Menaik taraf dan Membaikpulih


                                      Aktiviti                                   Kos
               Pembaikan & naik taraf sistem elektrik                          RM7.4 juta
               Penyelenggaraan pendingin hawa                                  RM4.5 juta
               Penggantian alat pendingin hawa (Split Unit)                    RM7.5 juta
               Program Lestari (Audit Tenaga) enam (6) klinik terpilih        RM134,312

            Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

            SEKSYEN OPERASI BIOMEDIKAL

            Seksyen Operasi Biomedikal berperanan untuk mengawal selia segala perkhidmatan
            kejuruteraan berkaitan peralatan perubatan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan
            Malaysia (KKM). Fungsi utama bagi Seksyen ini adalah:
                i.   Mengawal  selia  perkhidmatan  kejuruteraan  penyelenggaraan  biomedikal
                     (BEMS)  di  hospital-hospital/institusi  di  bawah  kontrak  Perkhidmatan
                     Sokongan Hospital (PSH) dan kontrak-kontrak lain (non-concession dan PFI
                ii.   Mengawal selia Program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) di
                     klinik-klinik kesihatan dan pergigian.
               iii.   Melaksanakan projek-projek perolehan peralatan perubatan.
               iv.   Menyediakan  garis  panduan  KKM dan  khidmat nasihat teknikal  berkaitan
                     peralatan perubatan selaras dengan Akta & piawaian berkaitan.
                v.   Melaksanakan siasatan insiden  & perkhidmatan forensik berkaitan
                     Perkhidmatan Kejuruteraan Biomedikal di fasiliti-fasiliti KKM.


            Bilangan dan harga peralatan perubatan berdasarkan jenis fasiliti KKM adalah
            seperti di Jadual 6.11.


                                                 Jadual 6.11
                  Bilangan dan Harga Peralatan Perubatan Berdasarkan Jenis Fasiliti KKM


                        Perkara                 Hospital          Klinik          Jumlah

              Bilangan peralatan perubatan         208,453          140,351           348,804
              Harga pembelian peralatan      7,625,730,708    1,191,162,116     8,816,892,824
              perubatan (RM)
              Jumlah fasiliti                           156           4,792             4,948
            Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM








        LAPORAN TAHUNAN
    218  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233