Page 230 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 230
Pelaksanaan projek pembekalan, naik taraf dan penggantian peralatan perubatan
untuk fasiliti KKM yang dilaksanakan oleh seksyen ini melibatkan aktiviti penyediaan
spesifikasi teknikal serta mengawal selia dan menyelaras pelaksanaan kerja-kerja
tapak. Senarai projek-projek perolehan peralatan perubatan bagi fasiliti-fasiliti KKM
yang telah dilaksanakan oleh seksyen ini pada tahun 2019 adalah seperti Jadual 6.13.
Jadual 6.13
Senarai Projek Perolehan Peralatan Perubatan bagi Seksyen Operasi Biomedikal
Kos
Peralatan Kos Peralatan Kos Kerja
Bil. Jenis Projek Bil. Keseluruhan
Perubatan (RM) Tapak (RM)
(RM)
Perkhidmatan
1. Secara CT Scanner 8 20,190,000* 3,655,400 23,845,400**
Sewaan
Perkhidmatan
2. Secara General X-Ray 20 11,100,000* 5,958,261 17,058,261**
Sewaan
Pembekalan &
3. Angio Bi-Plane 1 4,840,000 650,000 5,490,000
pemasangan
Extracorporeal
Pembekalan &
4. Shack Wave 2 5,597,776 527,420 6,125,196
pemasangan
Lithotripsy
Pembekalan & Full Field Digital
5. 2 3,640,000 540,000 4,180,000
pemasangan Mammography
Nota: *: kos sewa untuk lima (5) tahun. **: kos keseluruhan untuk lima (5) tahun.
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM
Selaras dengan keperluan kontrak dan Akta Peranti Perubatan 2012, seksyen ini
turut mengeluarkan Handbook on Competency in Biomedical Engineering Services
(BEMS) untuk diguna pakai bagi semua personel teknikal yang terlibat dengan
aktiviti penyelenggaran BEMS bagi kontrak PSH, MEET serta kontrak-kontrak lain
di fasiliti-fasiliti KKM. Kandungan handbook ini antaranya menjelaskan keperluan
kelayakan, pengalaman dan sijil yang perlu ada bagi setiap individu yang menjalankan
penyelenggaran bagi semua peralatan perubatan di fasiliti KKM. Selain itu, satu garis
panduan pengujian dan pentauliahan bagi peralatan perubatan di fasiliti KKM turut
dikeluarkan pada tahun 2019.
LAPORAN TAHUNAN
220 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019