Page 229 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 229

Pemantauan  perkhidmatan  BEMS  bagi  148  buah  hospital  KKM  di  bawah  kontrak
               PSH dijalankan melalui pemantauan key performance indicator, KPI uptime seperti di
               Jadual 6.12.


               Selain  itu, Kontrak  MEET telah ditandatangani  oleh Syarikat Quantum Medical
               Solutions Sdn. Bhd. pada 17 April 2014 bagi tempoh 13 tahun dan mempunyai skop
               antaranya seperti berikut:-

                   i.   Pelaksanaan penyelenggaraan peralatan biomedikal yang komprehensif di
                        Klinik-klinik Kesihatan dan Pergigian yang terlibat (Selangor, Melaka, Negeri
                        Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur &
                        Putrajaya, WP Labuan dan ILPKKM Georgetown).
                   ii.   Pembekalan peralatan biomedikal yang baru dibawah GAP.
                  iii.   Pelaksanaan  kerja-kerja  pembinaan  dan  pengubahsuaian  (KKPP)  bagi
                        pembekalan peralatan yang terlibat.


               Menjelang akhir tahun 2019, jumlah keseluruhan klinik yang terlibat adalah sebanyak
               3,038  dengan jumlah  bagi Klinik  Kesihatan adalah  2,038  dan  jumlah  bagi Klinik
               Pergigian adalah 1,000. Program MEET turut dipantau KPI uptime guarantee iaitu
               peratusan peralatan biomedikal yang mencapai uptime dimana peralatan berfungsi
               dan  boleh  digunakan  dalam penyampaian  perkhidmatan  kesihatan  yang  berkesan
               seperti di Jadual 6.12.

                                                   Jadual 6.12
                Pencapaian Uptime Tahun 2019 bagi Peralatan Perubatan BEMS di bawah Kontrak
                             PSH dan Peralatan Biomedikal di bawah Program MEET


                                                         Mencapai Sasaran          Bilangan
                                              Sasaran                              peralatan
                          Indikator
                                                (%)     Bilangan    Peratus     dipantau tahun
                                                                                     2019

                Uptime bagi jumlah aset/
                sistem kejuruteraan BEMS        92.0    118,481      99.0        119,678
                di bawah program PSH

                Uptime bagi jumlah
                peralatan biomedikal di         90.0      77,534     97.8         79,265
                bawah program MEET
               Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  219
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234