Page 231 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 231
SEKSYEN KAWALAN ALAM SEKITAR
BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING (BAKAS)
BAKAS merupakan program yang paling sulung di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
di mana ianya mengamalkan prinsip teknologi mudah dan kos rendah dalam aspek
rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan sistem bekalan air alternatif dan sistem
sanitasi di kawasan luar bandar. Sistem-sistem bekalan air yang disediakan hendaklah
dapat membekalkan kuantiti air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan
penduduk luar bandar dan sistem-sistem sanitasi asas yang disediakan hendaklah
berfungsi dengan baik agar keperluan kesihatan asas dan kebersihan diri penduduk
luar bandar boleh diamalkan dengan kos yang minimum. Walau bagaimanapun,
penduduk adalah dinasihatkan untuk memasak air sebelum diminum dan untuk
penyediaan makanan.
Pembangunan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) adalah
berdasarkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Jenis kemudahan asas
yang disediakan di bawah program ini di kawasan luar bandar termasuk sistem bekalan
air bersih seperti sistem paip graviti, telaga terkawal dengan atau tanpa sambungan
ke rumah, sistem tadahan air hujan, sambungan ke paip pihak berkuasa air (sekiranya
ada). Bagi kemudahan sanitasi asas pula, ianya melibatkan tandas sanitari, sistem
pengurusan sisa pepejal dan sistem pelupusan air limbah.
Pada tahun 2019, sejumlah 276 sistem bekalan air telah dibina membekalkan air
bersih kepada 2,926 rumah. Manakala bagi kemudahan sanitasi sebanyak 577 buah
rumah telah disediakan tandas sanitari, 358 buah rumah telah disediakan sistem
pengurusan sisa pepejal dan 301 buah rumah telah disediakan sistem pelupusan air
limbah.
PROGRAM KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM)
Bekalan air minum dipantau melalui Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
yang telah dimulakan pada tahun 1983 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Program ini telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara melalui
kerjasama pentadbiran dengan pihak berkepentingan yang terlibat iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Industri Air, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan
Alam Sekitar.
Objektif utama KMAM adalah untuk meningkatkan standard kesihatan awam
dengan memastikan keselamatan dan penerimaan air minuman yang disediakan
kepada pengguna dengan mengurangkan kejadian penyakit bawaan air atau lain-lain
kesan yang berkaitan dengan kelemahan kepada bekalan air awam melalui aktiviti
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 221