Page 235 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 235

Aktiviti Utama           Keterangan Aktiviti                Pencapaian
                Nota Kerjasama        Mengadakan Majlis                 Nota Kerjasama
                Antara BPKj dan       Menandatangani Nota               Antara BPKj & MYSA
                MYSA                  Kerjasama Antara BPKj & MYSA      telah ditandatangani
                                      dan Mesyuarat Jawatankuasa        oleh Ketua Pengarah
                                      Pemandu EHRI.                     Kesihatan dan Ketua
                                                                        Pengarah MYSA pada
                                                                        20 September dan
                                                                        Mesyuarat Jawatankuasa
                                                                        Pemandu pertama telah
                                                                        diadakan pada hari yang
                                                                        sama.
               Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM


               Selain  itu,  unit  ini  turut  bertanggungjawab  dalam  menyediakan  ulasan  teknikal
               berkaitan kejuruteraan kesihatan alam sekitar bagi Laporan Penilaian Impak Alam
               Sekitar (EIA). Pada tahun 2019, unit ini telah menerima 17 Laporan EIA dan telah
               mengemukakan ulasan bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan
               EIA. Kesemua laporan tersebut dinilai selaras dengan keperluan Perintah Kualiti Alam
               Sekeliling Aktiviti yang ditetapkan EIA 2015.

               UNIT KUALITI UDARA
               Pemantauan  Kualiti  Udara  Dalaman  (IAQ)  dijalankan  di  bawah  Unit  Kualiti  Udara
               (UKU), Seksyen NEHAP dan telah dimulakan sejak tahun 2014. Pemantauan IAQ ini
               meliputi 11 parameter dan tertakluk kepada garis panduan Tataamalan Industri Kualiti
               Udara Dalaman 2010 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
               Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Berikut merupakan ringkasan
               aktiviti-aktiviti utama Unit Kualiti Udara bagi tahun 2019 seperti di Jadual 6.16.





























                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  225
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240