Page 224 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 224

Jadual 6.6
                                   Bilangan Aset PSH 1997 hingga 2019


                   Item            1997          2016       2017         2018         2019
             Bilangan Hospital
             dan Institusi              127         148         148          148          148

             Luas Lantai (m2)     4,297,523 6,111,210 6,111,210 18,278,987 17,400,388
             Aset FEMS          Est. 250,000    492,493     592,378      701,841      831,666

             Aset BEMS               81,254     278,032     277,380      201,795      290,071
             Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

            Kontrak baru ini berkuatkuasa pada 1hb April 2015 dengan peningkatan perkhidmatan
            utama; FEMS, BEMS, CLS dan LLS. Di samping itu, CWMS telah memperluaskan skop
            perkhidmatannya menjadi HWMS untuk memenuhi semua sisa penjagaan kesihatan
            di kemudahan penjagaan kesihatan. Sebagai jaminan tadbir urus yang baik, Facility
            management Services (FMS) telah diperkenalkan untuk memastikan koordinasi dan
            keberkesanan penyampaian semua perkhidmatan yang berkaitan.

            Selain  itu, untuk menegakkan dasar baru yang ditetapkan oleh  Kementerian ke
            arah “Green Healthcare Facilities”, Syarikat Konsesi diarahkan untuk melaksanakan
            Program Lestari yang merangkumi Kualiti Udara Dalaman, Pengurusan Tenaga dan 3R
            (Reduce, Reuse & Recycle) di Hospital Kontrak masing-masing dengan keperluan yang
            telah ditetapkan.


            Quality Assurance Program (QAP)
            Pada tahun 2002, dua (2) perkhidmatan telah dipantau di bawah Quality Assurance
            Program (QAP) iaitu FEMS dan BEMS. Selanjutnya tiga (3) perkhidmatan lain iaitu
            CWMS, CLS dan LLS telah dimasukkan sejak Oktober 2006. QAP ini adalah seperti
            rancangan  dan  pengurusan  kawalan  mutu  yang  dapat  diambil  untuk  semua
            perkhidmatan.  Oleh  itu,  kualiti  semua  perkhidmatan  dapat  ditingkatkan  secara
            berterusan dengan bantuan sistem pemantauan seperti Asset & Services Information
            System (ASIS) di semua peringkat sama ada di hospital, negeri, konsortia atau peringkat
            kebangsaan. Laporan QAP dinilai dan dianalisa setiap tahun dan diserahkan kepada
            Jawatankuasa Jaminan Kualiti KKM setiap tahun.


            Penilaian Prestasi Kontraktor (CPA)
            Prestasi  Syarikat Konsesi  dalam  penyampaian  perkhidmatan akan dinilai  dan
            dilaporkan  setiap  suku  tahunan  (3  bulanan)  oleh  Jurutera  Operasi  Negeri  dalam
            Laporan CPA. Jadual 6.7 menunjukkan Penilaian Prestasi Kontraktor (CPA).







        LAPORAN TAHUNAN
    214  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229